Assalamualaikum semua, tajuk entri semacam je kan, but itulah kisahnya. Minggu ni memang sangat penat. Tapi dalam kepenatan tu, ada benda yang dibalas. Dan itu bakal jadi satu kenangan hebat untuk diri aku.
Ni masa meeting TUNAS bersama MPP. Hari Isnin lepas, agenda meeting untuk mengundi MT SMF.
Haa, yang kat belakang dua orang tulah MPP aku. Yang tengah tulis tu En. Amirfiqri, yang lagi sorang namanya En. Nor Hisyam. Yang tengah bergambar ni bestie aku, En. Zul..by the way, dia dapat jawatan Timbalan Presiden 2 - bekas post mentor kitorang waktu jadi TUNAS, En. Suhairy.
Bak kata Joe, raja fake. Tau je nak wat busy waktu orang amik picture. Aku memang takde chance la nak masuk MT, but syukur position EXCO untuk aku dah secured cuma tak tau EXCO apa aku berkhidmat je.
So, inilah bilik aku dan 16 yang lain akan bekerja untuk satu penggal ni. Kata Abg Su, ada satu part tu yang kami akan tidur kat sini sebab busy sangat. Sekarang ni pun dah nampak busy, mana taknya awal-awal lagi dah bertimbun kerja - yang paling latest, kena urus Modul LPPKP 2 & 3 hari minggu ni.
Ni pulak petang tadi punya cerita. Seperti yang aku jangka, EXCO Penempatan & Non Resident yang aku harap-harapkan selama ini memang menjadi milik aku. Terima kasih kat MT-MT yang memberi kepercayaan ni kat aku. Tak sia-sia jugak pergi meeting JPNR minggu lepas.
In conclusion, lepas ni bakal menjadi hari-hari mencabar sebagai bukan seorang student biasa, tapi SMF. Kata Presiden, En Amirul - jaga pemakaian, tingkah laku dan juga hubungan sesama student dan staff di fakulti ini. Baru mereka ada rasa hormat akan organisasi ni.
No comments:
Post a Comment