Salam semua, minggu pertama semester ketiga ni merupakan satu cabaran baru untuk aku. Seperti yang korang tau, aku ditugaskan untuk mengelola program fakulti iaitu Program Pemantapan Wawasan & Minggu Destini Siswa FSPPP 2012. Masa yang aku ada sebelum hari kejadian ialah kurang dari 6 hari - first aku dapat duty ni hari Isnin (10.9.2012) and program ni telahpun selamat berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 15.9.2012
Ni hari Jumaat, lepas solat Jumaat aku terus rush ke bilik gerakan, buat update and follow up meeting dengan biro. Dalam PPW & MDS ni, aku memegang jawatan Penyelia Program.
Tentatif program ni bermula pada pukul 7.30 pagi hingga pukul 4 petang. Waktu zaman-zaman aku dulu, program ni dua hari - PPW hari Sabtu, MDS hari Ahad..but kali ni aku kena combine kan kedua-dua program ni dalam satu hari - seboleh-bolehnya before 6PM.
Biro-biro pulak ditubuhkan dari TUNAS SMF itu sendiri. Ada 5 biro terdiri daripada 12 TUNAS yang berdedikasi
So, aku sampai fakulti pada pukul 7.15 pagi, terlewat sikit sebab biro paling awal difahamkan tiba pada pukul 7.00 pagi.. Sampai-sampai, makanan semua dah siap atur.
Susunan kerusi pun cantik, cuma stage je Unit Majlis tak setup lagi, maybe diorang tak pasti kat mana lokasi stage tu.
Biro-biro yang mantap dan sentiasa bersedia. Dari kiri, Aiman(Peralatan), Joe(Program), Pok Jad(Teknikal) dan Apai(Peralatan)
Yang pic ni pulak waktu student-student tu dok dengar ceramah kenegaraan. Macam biasa, kalau aku handle program - memang selalu berjalanlah nak check setiap biro.
Ni semua student baru - ada yang dari Asasi, Matrikulasi, STPM, Diploma, dll
Yang membelakangkan kamera tu (belah kanan), Abg Hussairi namanya. Dia banyak guide aku, so memang seronok dapat bekerja dengan dia, nak sembang-sembang pun tak kekok.
Ni pulak waktu lunch. Semua biro dijemput makan dulu, untuk extra muscle aku perlukan beberapa orang STC untuk membantu biro masing-masing.
Ni duta caterer tadi kot..huu, tapi makanan and minuman memang sedap, puas hati makan.
Hehe, nak amik picture jugak. Takde gambar aku tak sah lah blog ni.
PPW habis pukul 12.30. Student diberi masa rehat dan mesti datang untuk sesi MDS pulak - pukul 2. Dalam sesi ni, setiap persatuan dalaman fakulti - SMF, BACASS, CASS dan juga SIMECTRA memperkenalkan fakulti dan program mereka. Waktu ni jugak lah aku kena menari-nari depan junior-junior tu, huu..gila jugak rasanya tadi. Tapi nak wat camna, kalau tak pergi, jatuhlah reputasi aku sebagai Penyelia Program...hehe
Dari kiri, Sha(Pendaftaran & MC), dan juga Nad(Makanan). Suka sakat diorang ni lagi-lagi si Nad tu. Dia un bakal handle program jugak - Perumpaan Bersama Dekan pada 19 September 2012. Kitorang sama-sama dapat tugas waktu 10.9 hari tu.
Muka penat tu, abaikan lah..yang Joe tu excited semacam. Tak taulah, mungkin sebab ramai sangat junior perempuan kot..huu
Ni band from SIMECTRA, sangat best performance diorang.
Tepat pukul 4, program tamat. Waktu ni yang aku panas gila dengan staff MASSCOMM, tolonglah professional and hormat student - buat kitorang cam kuli eh? Ingat dah besar sangat ke? Memang kalau boleh aku nak maki je staff tu, tapi sebab nak jaga nama FSPPP, lantak pi je.
Nak buat post mortem tapi postponed dulu lah, semua pun cam dah penat gila termasuk aku pun.
Dapat jugak merasa pakai jaket SMF. Selama ni tengok je, tapi tu la pasal kita tak tau apa yang dirancang oleh pemenang MPP kelak. Kalau dia nak rombak, nak buat camna. Aku tak menyesal pun join TUNAS, banyak benda aku belajar. Kalau dia retain kitorang, alhamdulillah.
p/s: gambar credit to Nik Izzat
In conclusion, syukur ke hadrat ilahi kerana program ni berjalan dengan lancar. Apa yang membuatkan aku sangat excited dengan program ni sebab ni kali pertama aku handle program untuk fakulti yang tercinta ni. Diharap aku dapat terus berbakti untuk FSPPP. UiTM Dihatiku! FSPPP Dihatiku!
No comments:
Post a Comment