Saturday, July 5, 2014

Kisah AKU n Games Review - Glory of Generals

Assalamualaikum semua, baru je habis satu lagi paper pagi tadi iaitu Strategic Management, paper yang paling ditakuti oleh pelajar semester akhir untuk kos Sains Admin ni. Mana taknya, dengan slides tak lengkap, example yang tak relevan dengan public sector dan juga high uncertainty dalam case study. Ini membuatkan ramai diantara kami redha dengan ketentuan ilahi, yakni berserah sahaja kepada tuhan, rather than terus membaca gila-gila..haha. Ok lah, bukan nak cerita pasal exam tadi pun sebenarnya, tiba-tiba tergerak hati nak review satu game yang aku main kat henset aku ni - Glory of Generals.
Game ni aku download from Android Market dalam bulan lepas, game real time strategy ni berlatarbelakang kan era ketika meletusnya Perang Dunia Kedua, basically dalam installation ni, ada 4 theater yang dicover iaitu Western, Africa, Eastern dan juga Antartic. Perang Pasifik pulak dikhaskan dalam satu expansion yang baru iaitu Glory of Generals : Pacific War.
Sebab game ni aku download free, so aku terpaksa lepas satu level untuk unlock the next level which is menjadikan game ni sangat menguji kesabaran. Mula-mula memang best, tapi bila sampai kat Balkan Campaign, aku dah stuck gila sebab asyik kalah kat situ (bukan sebab overwhelmed, tapi tak menepati masa yang ditetapkan)..huu. Ini membuatkan aku turn ke "Legion Mode" yang lagi open dan takde timer.

Dalam game ni, kita boleh memilih untuk berpihak kepada Tentera Bersekutu (Allied) ataupun Axis, dimana each campaign menyediakan dua faction ni. Apa yang boleh aku cakap, bila pakai Axis which is the Nazi Germany, walaupun diapit oleh tiga front tapi aku masih boleh bertahan sampai ke turn yang terakhir disebabkan beberapa special unit yang kuat especially tank, dan juga kombinasi General dan Field Marshal yang berdisiplin tinggi

Allied pulak memang aku pakai selalu menang, tapi bukan disebabkan komander-komander nya tapi by the sheer number of combined forces yang easily overwhelmed tentera Axis. Sebab tu kalau nak main defensive dalam "Legion Mode", it is better tu use Axis. Sebab komander Bersekutu ni agak bangang sikit..haha
Ni contoh mission yang ada, basically kita akan take command of beberapa unit tentera to assist komander lain dan semuanya berdasarkan historical fact yang membuatkan game ni memang kena dengan jiwa aku..:-)
Fungsi headquarter dalam game ni ialah untuk develop dan juga improve the level of tentera kita ranging from army, navy dan juga airforce. Tapi, nak kumpul gold star tu memang payah and harga kalau nak purchase memang mahal dan tak tau berbaloi ke tak. In addition, kita boleh jugak untuk assign and purchase some of notable commander ketika era itu.
Dalam game ni, aku suka guna Nazi Germany sebab ada dua komander favourite aku - Field Marshal Erwin Rommel, dan juga Field Marshal Erich Von Manstein. Tapi tu lah, since both Mission and "Legion Mode" nampaknya tak memberikan apa-apa competitve advantage kat diorang due to the historical fact dimana Nazi Germany berlawan dengan hampir 3 fronts, so, player diletakkan didalam situasi diapit dari 3 arah oleh Tentera Bersekutu - U.S & France from Western Front, Soviet Union from Eastern Front dan juga British & Komanwel from Southern Front. Bukan tu je, dah la kena kepung, pastu Allied pulak memang bersepah-sepah kapal perang di sekitar North Sea yang membuatkan sebarang usaha untuk execute counter attack dipatahkan dengan mudah, lagi-lagi bila guna Rommel.
Tapi tu lah, nak lawan strategi dengan aku memang lah kena fikir dua kali - dalam "Legion Mode", masa yang diberikan ialah sebanyak 100 turn dan walaupun dengan segala kekurangan, biasanya aku memang akan still ada effective fighting forces walaupun komander-komander lain dah kalah. Gambar kat atas ni - Rommel's Defense of Kolner, time ni Berlin dah jatuh and Rommel ialah Komander German yang terakhir..haha. Nak pulak bila main game ni sambil dengar Die Wacht Am Rhine, Deutschlandlied dengan Erika..Memang bersemangat lah, rasa cam rakyat Jerman pulak..lol
Ni pulak, Rommel's Defense of Paris bersama Field Marshal Gerd Von Runstedt. Memang mencabar sikit bila pakai Germany ni, mengingatkan aku dengan satu quote from Field Marshal Rommel "A person ability is best tested when defending rather than attacking".

So guys, especially yang minat real time strategy game ni try lah download game ni. Pastu share sikit dengan aku taktik nak lepas Balkan Campaign tu..haha

2 comments:

  1. kk gimana ni yang misi 2campion kok kalah terus and katanya assist , assist tu apa , and dalam perang gimana caranya jadi assist tolong solusinya ID :line saparudin al-ayubi1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kamu punya screenshot/photo tuk misi tu, bisa hantarin sama aku. Aku coba cari solusinya..:-)

      Delete