Assalamualaikum semua, dah lepas satu paper baru teringat yang aku belum post entri wajib untuk final examination ni iaitu persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir. Walaupun dalam slip exam ada 5 subjek but yang betul-betul ada paper tiga je - Service Management, Strategic Management dan juga Global Affairs. Basically, gap mula-mula agak tak best tapi gap diantara paper second dan third memang mendatangkah marah, dengan hampir 8 hari gap..haha, damn!
So, before kita pergi ke target. Izin kan aku review sikit perjalanan semester terakhir aku kat UiTM ni (Insya Allah). Part 6 bagi aku bermula dengan smooth bila banyak kerja penting macam building the questionnaires, pre-correction research paper, dan juga a part of practical report dah hampir siap. Because of these, aku dapat curi masa sikit untuk berehat pada awal semester.
Then comes the important part dalam semester ni dimana tenaga aku dikerah sekali lagi untuk program melalui Students Association of Southeast Asian Affairs UiTM - dua program walaupun tak banyak tapi memang antara yang memnatkan dan chaotic sepanjang aku bergelar pemimpin pelajar kat UiTM ni. Disebabkan ni, aku mengambil jalan untuk procrastinate especially report praktikal yang membuatkan aku terexceed schedule.
At the end of this semester, aku berjaya jugak submit semua assignment dalam masa yang ditetapkan, dan juga menamatkan VIVA pada 20 Jun 2014. So far, semuanya okay lah untuk semester ni. :-) Ok, jom kita target sikit markah..huu
Service Management (ADM 570) - At most A, at least B+, untuk subject ni carry mark yang berjaya aku peroleh ialah sekitar 32-33/40 which is sangat berpuas hati. Alhamdulillah, paper semalam pun aku rasa dah cuba yang terbaik dan diharap Dr. Hardev bermurah hati kasi A kat aku..Amin.
Strategic Management (ADS 553) - At most B+, at least B, subjek ni pulak carry mark dalam 29-30/40 which is okay jugak - tapi disebabkan faktor kepayahan paper ni membuatkan aku jadi agak realistik dengan meletakkan cukup makan as the target.
Global Affairs (ADS 660) - At most B+, at least B, subjek ni aku tak tau berapa banyak carry mark aku dapat. This is the real killer paper bagi aku. So, tak expect banyak pun.
Practical Report - At most B+, at least B. Apa semua target B ni bro? haha. Erm nak buat macam mana, report aku memang lah title name je gah, tapi tak tau lah isi dalam tu diterima pakai ke tak. Plus, buku log pun sumpah tak perform, dengan comment and remarks from supervisor takde. Menyesal pulak dapat mamat tu jadi supervisor aku kat ORSB hari tu..:-p
Research Paper - Erm, yang ni aku tak sure lah tapi sekali lagi aku letak at most B+, at least B. Bukan apa, dulu target banyak kot untuk proposal, tapi last-last dapat C. So, tak berani lah aku nak target banyak. Harap-harap Dr. Aliza dapatlah considerate sikit dengan effort aku and Zhafir kali ni..Amin
So, jom kita kira total GPA untuk semester last aku ni.
Maximum (At most) : 3.43
Minimum (At least) : 3.05
Tu diaa, siap buat kira-kira lagi..haha, apa boleh buat - aku ni dah diabsorb dengan quality culture yang menerapkan statistik and benchmarking for success..lol. Hrmm, apa-apa pun, kita ni manusia cuma merancang tapi Allah yang menentukan. Jadi, di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat berjuang kepada siswa dan siswi UiTM seluruh Malaysia. Semoga UiTM kita ni terus cemerlang didalam mahupun dipentas global kerana UiTM Sentiasa Dihati Kita!
No comments:
Post a Comment