Assalamualaikum, bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan
untuk meraikan Raya Aidilfitri pada tahun ini. Salam takziah aku ucapkan kepada
keluarga mangsa-mangsa Tragedi MH17 dan juga saudara Muslim kita di seluruh
dunia terutamanya di Palestin, Syria, Myanmar, Thailand dan lain-lain.
Hari raya pertama aku dimulakan dengan menunaikan solat
sunat Aidilfitri di Pekan Bota Kanan, tahun ni tak ramai pulak sebab aku dapat
duduk dalam, saf nombor tiga lagi..haha
Balik je sembahyang raya kami terus ke pusara ahli keluarga
kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami terutamanya atuk, Allayarham
Abu Bakar B. Selan.
Tudiaa, raya dah mai weyh. Rembat shades Acik Zul sat –
sekali tengok dah macam mat rempit pulak pakai camni..huu
Karok lagu raya pun Anuar Zain jugak..haha
Time ni ayah tak balik lagi, sebab ayah sembahyang raya kat
Parit dengan family belah sana. Seronok pulak pakai monopod ni..ketagih pulak
aku, balik nanti boleh selfie puas-puas macam Hafiz Hamidun..haha
Abaikan muka tu..:-p
Tiga beradik yang mantap-mantap belaka, diorang ni hotstuff
kat tempat belajar masing-masing, aku je tak..:-)
Bersama Acu Nani dan anak perempuan dia yang sengal, Damia.
Haha, kelakor benor gambor ni..:-p
Berkabung untuk Keluarga Diraja Perak diatas kemangkatan
Almarhum Sultan Azlan Shah..:-(
Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan ibu dan ayah
tercinta. Harap-haraplah doa mak yang aku cepat kahwin termakbul. Amin..hihi
Selfie bersama family yang tersayang, diorang ni je lah yang
aku ada sekarang – pencetus motivasi untuk aku terus berjaya didalam karier.
Cool tak gambar ni..along yang snap..:-)
Raya tahun ni memang best, tapi kalau semua ada lagi
bertambah awesome rasanya..Apa-apapun, still okay lah walaupun yang ada tadi cuma family kami, Acu Nani and Acu Keon je.
Jom selak next entri aku pulak. Klik next kat bawah ni okayh!
Jom selak next entri aku pulak. Klik next kat bawah ni okayh!
No comments:
Post a Comment