Saturday, July 12, 2014

Kisah AKU n The End of My Degree's Life

Assalamualaikum semua, hari ni merupakan satu lagi milestone achievement untuk diri aku. Today, bersamaan dengan 12 Julai 2014, aku telah menamatkan pengajian selama 3 tahun menuntut di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran. Fuhh, akhirnya penantian dan kesabaran menuntut ilmu, disulami dengan kesibukan mengurus program-program dan juga bersosial bersama rakan-rakan universiti dah pun tamat tadi. Sedih beb, pasni memang payah lah nak jumpa, masing-masing ada hala tuju seperti yang kitorang sembang time awal-awal semester dulu.
Paper last aku tadi Global Affairs, aku pun tak tau lah betul ke tak point and example aku tadi. Risau benor jadi macam tragedi ASEAN dulu bila lecturer cakap sangat overconfident sampai memakan diri..Insya Allah, all is well. Amin
Si Putih ni emo apa petang tadi..haha, takpelah tu tandanya kau hargai lah friendship kita sejak Part 1 tu. Goodluck bro, aku doakan dapat kerja yang baik dan jodoh yang beriman. :-)
Bergambar bersama jentera CT100 yang banyak berjasa sepanjang dua tahun setengah aku menggunakan servisnya. Alhamdulillah, tak pernah rosak tengah jalan, dan juga yang paling penting, tak pernah melibatkan aku dengan kemalangan hatta yang kecil sekalipun. Syukur.
Sebelum meninggalkan FSPPP buat kali terakhir. Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang bergelar pelajar kat sini. Nanti aku buat separate entri pasal ni okay, jangan lupa baca pulak..:-)
Aku akan rindukan bukit nak ke fakulti ni. Ingat lagi time hari first bawak motor, lupa nak rendahkan gear, then tersangkut pulak. Nasib baik takde orang..haha. Sebelum balik ke rumah sewa, aku pusing-pusing dalam UiTM dulu, cuba recall and cari tempat yang bagi impak and memori tersendiri dalam diri aku ni..
Of course, persinggahan pertama - Gelanggang Boling Padang. Sukan yang bagi impak besar kat diri aku sejak Part 3 ni ternyata merupakan satu investment yang berbaloi jugak dengan satu pingat Emas yang diraih ketika SUKOL 2014 mewakili Team Non Resident. Nak jumpa Pn Haslah, tapi hari ni cuti - pastu baru teringat yang dia dah kena transfer ke Majlis Sukan Negara.
Apa ni? Bukan student UiTM lah kalau tak tau Bukit Tonggek ni. Bak kata Joe, tak lelaki lah kalau tak lepas kecerunan bukit ni..haha, memang betul pun. Aku dua kali kot terpaksa patah balik sebab motor semput, pakai gear tinggi pulak time tu..huu, tapi lepas tu tak pernah fail pun naik bukit ni..:-)
 
Pusat Kesihatan? Apahal pulak ni? Of course lah PK ni bagi kenangan jugak, mana taknya hampir setiap semester aku mesti ada singgah sekali punya sebab demam panas..:-p
Dewan Agong Tuanku Canselor - time giat dengan SMF dulu selalu jadi organizer event kat sini, dan juga terlibat dengan 2 siri Ekspo Selangkah Ke UiTM.
And finally Dataran Cendekia, or literally Dataran Cinta, lol. Kat sini tempat first aku date dengan crush aku time Part 1 dulu, haha - bukan main lama bersembang and at the end aku bagi dia shawl..kii
Ahh sudah, skuter siapa pulak ni Farid? hehe, skuter ni selalu parking sebelah motor aku tu. Owner dia siswi UiTM judging from sticker kenderaan UiTM. Part 3 & 4 kerap aku terserempak dengan owner skuter ni sebab aku banyak kelas pagi time tu, kiut owner dia, cam skuter ni lah. Tapi tu zaman aku ada girlfriend, loyal okay - setia pada yang satu..haha. So sekarang ni dah clash, jarang pulak aku jumpa owner skuter ni..
Petang tadi pulak, asalnya nak tidur tapi tak boleh sebab memikirkan nak jumpa budak dua orang ni which aku pergi jugak (paper diorang petang sebab different elektif dengan aku). Diorang dua orang ni lah the best yang aku ada kat UiTM ni sejak awal perkenalan lagi - kami bersama sebagai classmate, colleague didalam SMF, team didalam group work dan banyak lagi. 3/4 masa aku kat UiTM ni banyak spend dengan diorang ni lah..:-)
Aku and Joe balik malam ni, yang lain-lain minggu depan katanya mostly dalam hari Isnin. Sebak gila beb time ni. :-(
Dayat, our friend from Fakulti Undang-Undang dulu pun datang jugak tadi. Diorang berdua ni lagi lah lama bersama, sejak Asasi Part 1 lagi..:-)
Ingat lagi tak yang kami bertiga dikecewakan time Malam Pra Graduan FSPPP 2014 bila organizer accidently terlepas andang nama kami untuk plaque penghargaan? Yup, tiba-tiba pulak Joe bagi benda ni kat aku tadi, ingatkan memang tak kan dapat..huu. Terima kasih ye organizer sebab concern kat kepincangan ni. Ada satu lagi item nak letak kat Cabinet of Fame aku ni..hii, best-best..:-)

Okay lah guys, nak mandi jap. Dah nak berbuka ni. Nantikan lah entri summary untuk Part 6 dan juga special entry covering the whole chapter of my degree's life. Till then, tak care semua!

No comments:

Post a Comment