Tuesday, July 22, 2014

Kisah AKU n Games Review - Frontline Commando D-Day

Assalamualaikum,

Sejak jadi penganggur terhormat ni, memang rungsing jugak kepala otak aku ni memikirkan apa benda nak buat kat rumah. Kawan-kawan lain memang selalu lah update status – interview, job hunting, hangout, iftar dll. Aku kat Sg. Buaya ni kawan-kawan pun dah tak ramai, ada yang tengah belajar lagi, ada yang busy kerja, yang praktikal pun ada and tak kurang jugak yang aku tau status diorang hidup lagi ke tak..haha

Habis je paper Global minggu lepas aku dah tak sihat sangat dah – asyik batuk je, sampai sekarang pulak tu. Rasanya dah dua botol ubat batuk aku telan, dah naik kelat lidah aku ni asyik makan ubat je. Job hunting activity pulak agak kurang sikit berbanding minggu lepas tapi so far, baru je dapat satu call for interview untuk position Corporate Sales Executive kat Subang, still berharap yang vacancy for ISO Executive kat Tan Chong tu ada lagi..huu


Okay lah, benda nak cerita hari ni macam kat title ialah game review..yeahh, dia bila takde benda sangat nak buat, jadi gamers balik jelah..haha, Game Android pilihan aku minggu ni ialah Frontline Commando – D-Day.
Ni lah dia, Frontline Commando - D-Day dibangunkan oleh Glu Mobile. Series Frontline Commando ni memang dah lama aku main, tapi hari tu baru tergerak hati nak try yang D-Day punya version.
 
As it name suggest, game ni berlatarbelakangkan D-day, iaitu The Allied Invasion of Normandy pada 6 Jun 1944, like the actual D-Day, game ni juga menampilkan kelima-lima pantai yang menjadi titik invasion ketika itu - Utah, Omaha, Gold, Juno dan Sword. So, basically kita kena pass semua beaches untuk completekan game ni.
Seperti kebanyakkan game Android yang lain, untuk mengimbangkan item yang mahal dimana agak payah untuk casual gamer macam aku ni nak sacrifice duit untuk beli point dan gold, FC - D-Day ada menawarkan daily supplies dimana gamers akan mendapat item tambahan mostly grenade dan juga item misteri didalam Box.
Kebanyakkan item seperti Rifles, Machinegun, SMG, Anti-Tank etc. boleh dibeli melalui dua cara - iaitu melalui wang terkumpul which is affordable jugak, dan juga melalui gold coin or point - yang ternyata sangat payah sebab gamers perlu bayar an amount of money untuk dapatkan point/gold coin.
Satu lagi features didalam game ni ialah Spy Hunter dimana gamers perlu membunuh spy Nazi yang membawa military intel untuk unlock some item yang kemudiannya boleh didapati percuma lepas completekan Base Defense, item yang dah di unlock tu boleh didapati secara instant tapi with a price lah.
Seperti game-game historical yang lain, developer ada memuatkan fakta-fakta sejarah bagi menambah ilmu gamers..huu. 
Okay, jom kita tengok grafik game ni. Basically, grafik memang agak detail, environment pun cantik dan juga sound - lagi mantap kalau main pakai earphone, da bomb wa cakap lu! haha. Apa yang aku boleh cakap, walaupun ni game henset tapi level grafiknya on par dengan game-game FPS kat konsol PC, cuma bezanya dalam game ni kita takde free roaming..But, okay what. Daripada merayau tak tentu arah, better lagi ada objektif..:-)
Ada satu faction je yang playable dalam game ni - iaitu U.S Army. Apa yang membuatkan game ni best ialah kepelbagaian weapon yang kita boleh carry dalam satu batle, walaupun in fact, the U.S Army only carry paling banyak pun 3 weapon je time D-Day ni..:-)
Setiap level, ada different environment yang menjadikan game ni banyak variety - gambar kat atas ni time dalam operasi didalam kawasan kampung. 
Each level jugak kita akan bersama dengan 3-4 orang askar, mungkin a platoon but memang belum apa-apa lagi semua dah mati, macam dalam gambar ni..haha.

So guys, try lah game ni. Especially kepada peminat-peminat game FPS yang berlatarbelakangkan era Perang Dunia Kedua. Rating tinggi aku bagi for grafik dan gameplay, and sederhana untuk purchasable item since the developer, should lower the prices, or maybe bagi gold coin/point for each level or mission yang completed. Overall, Frontline Commando - D-Day memang highly addictive and sesuai to kill your time, especially bulan puasa ni..haha

No comments:

Post a Comment