Assalamualaikum, ni adalah entri penutup bagi Diari Raya aku pada tahun 2014 ni dan ianya
meliputi aktiviti-aktiviti yang aku buat pada hari raya kedua. Hari raya
pertama macam biasalah tak lekang dengan sesi photoshoot dan juga melayan
kunjungan adik beradik opah, dan juga jiran tetangga, raya kedua pulak
kebiasannya memang still dengan melayan tetamu, tapi disulam juga dengan
kunjungan kami ke rumah sanak saudara yang lain.
Tak seperti raya tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni tak
dak konvoi ramai-ramai pun – semuanya atas komitmen masing-masing. Semakin
hambar rasanya raya aku kalau nak compare mula-mula aku blogging ni. Konvoi
Raya tahun 2010 yang paling the best rasanya.
Pagi tu kami meluangkan masa menziarah rumah family ayah.
Asyik selfie je semenjak ada monopod ni..haha
Bergambar bersama Azizul or Jon, sepupu kami yang gila bola.
Rasanya tiap-tiap tahun kalau bersembang, memang bola je topiknya..huu
Dalam pukul 3, kami balik ke Bota – Opah Yan punya family
datang, dia ni lah yang suka panggil aku Hafiz Hamidun..huu. Gambar kat atas: Mak aku tengah dukung cucu first dia – muka cam Sarah Liyana pulak..huu
Acu Nani and Along. Gambar second – aku bersama Damia, and
Iman
Kena basuh pinggan lah pulak, tak pasal-pasal pulak kena.
Asalnya nak tolong kemas meja je..:-)
Petang tu jugak aku and adik ke Parit, boleh pulak ayah
tertinggal ubat. Sempatlah snap picture dengan sepupu-sepupu aku kat sana, best
pulak rasanya..huu. Maybe sebab kat kampung sebelah mak sepupu aku semua
kecik-kecik, yang besar pulak memang jarang balik..
Main bowls jap, amik semangat Team Lawn Bowls Malaysia yang
sedang berjuang didalam Sukan Komanwel di Glasgow..huu
Lepas Maghrib, ikut Acik Pendi and Acik Zul ke TESCO Seri
Iskandar – nak beli barang-barang untuk BBQ – tradisi ni beb..huu
Ni lah Lead Cook untuk malam tu – Acu Keon memang famous
dengan grilling skill dia, even kalau ada event kat IPD Putrajaya tu memang dia
lah yang in charge untuk BBQ ni..:-)
Acu Nani and Iman Zhafran yang manis senyuman and gelak
sorang-sorang..
Haa, yang si Rayyan ni kalau letak je kaki kat tanah memang
sekejap je, pastu menangis cari bapak dia.
Mercun-mercun tak dak, bunga api besi je yang ada.
Karok sikit bagi menambah seri sesi BBQ kami pada malam
tu..:-)
Jadi, dengan berakhirnya entri ini, maka berakhir jugaklah Diari Raya 2014 aku ni - terima kasih banyak-banyak lah kepada anda-anda yang sudi membaca. Akhir kata, selamat menyambut hari raya kepada korang semua, moga raya kita diberkati Allah. Seperti biasa, andai ada silap, terkasar bahasa, tersalah information or tak reply komen korang - harap dimaafkan lah ye..
No comments:
Post a Comment