Sunday, July 6, 2014

Kisah AKU n Ramadhan 2014 - Day 6

Assalamualaikum semua, awal pulak bangun pagi-pagi Isnin ni. Aku ada kat Rawang sekarang, seronok rasanya dapat berbuka puasa dengan family semalam. Pagi Rabu ni aku balik Shah Alam, still ada satu lagi paper yang aku kena rempuh before officially menamatkan pengajian degree aku kat UiTM ni. Saja nak cerita hari Jumaat lepas punya story. 
Habis je paper Strategic Management pagi tu aku and Zhafir pergi submit hardcover research kat Dr. Aliza and Koordinator Fakulti. Harap-harap dapatlah bagi markah yang cantik kali ni, huu. Amin.
I'm gonna miss kucing-kucing ni nanti. Ada kisah disebalik dua ekor anak kucing tu..haha. Actually, salah sekor daripada diorang ni waktu mula-mula lahir dulu macam dah mati, then ditinggalkan dalam kotak. Time tu aku baru lepas tengok bola bila perasan anak kucing tu macam bergerak. Aku pun bawak lah anak kucing tu kat ibu dia balik, so selamatlah dia dan hidup sihat sampai sekarang..:-)
Petang tu pulak aku broke prinsip tak pergi bazaar sorang-sorang. Actually best jugak pergi bazaar walaupun sorang-sorang, takde pun rasa kekok sangat. Tapi tu lah, memang ramai benor pasangan kat sini, yang group siswi pun ada jugak..:-p
 
Ni lah juadah berbuka aku hari tu - Beriani Kambing, Jus Durian Belanda dan juga Samosa Ayam. Biasanya aku tak makan side dish ni, tapi serius Samosa makcik ni memang sedap.
Lepas buat Terawih kat rumah, aku dah start packing lagi since Sabtu tu parents aku datang amik, so boleh lah clear kan lagi barang-barang since aku pun tinggal lagi beberapa hari je duduk kat rumah sewa tu..
Ni je lah baju-baju yang aku pilih untuk stay dengan aku kat Shah Alam. Yang lain semua dah selamat sampai dalam almari rumah Rawang ni..:-)
Tilam pun dah bawak balik, pakai comforter nipis ni je. 
Malam tu pukul 12 tengok Jerman lawan France kat kedai Mamak tu sorang-sorang, haha..kesian betul hidup kau ni Farid..kii, rilek lah - aku dah biasa kot makan sorang-sorang, apa nak kisah orang lain..:-)
Ni yang tak boleh blah - aku mintak Roti Telur Bawang dibantainya bagi aku Roti Planta - spoil mood sahur aku betul..:-(

Lepas sahur hari Sabtu tu aku tak tidur pun, main Glory of Generals sementara tunggu parents aku datang pagi tu. Lepas jugak level Balkan tu, haha. Buat siapa yang main game ni and stuck kat situ, caranya mudah je - concentrate main forces korang kat Durres, pada masa yang sama hantar 2 unit untuk assist Tito to the North, dan juga dua unit lagi untuk bantu Papagoose to the South. Then it should be no problem to press Boris, and finally crush Model's Army of Athens.

Ok lah guys, aku nak tidur ni - petang ni nak buat notes sikit. Dah ada classmate yang request buat tutor untuk subjek Global ni. Got to go guys, selamat berpuasa dan Happy Ramadhan!

No comments:

Post a Comment