Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan. Malam ni aku akan perkenalkan sebuah student society yang memberi aku satu lagi peluang untuk kekal aktif kat UiTM ni. Student Association of South East Asian Affairs ataupun dikenali sebagai SASea ni telah ditubuhkan pada 3 Oktober 2013. Sila klik link ni
Pada asalnya iaitu around September 2013, SASea merupakan cetusan idea kasar Aiman, yang ketika tu bersama-sama dengan aku didalam SMF, kemudiannya idea ni dibentangkan kepada beberapa rakan dan terbitnya satu idea yang lebih berstruktur , iaitu penubuhan sebuah kelab. Maka, 10 pelajar yang terlibat didalam discussion itu pun dinamakan sebagai "Founding Member" untuk kelab ni, dimana aku pun turut terlibat..hehe
Didalam SASea, aku memegang portfolio Executive Committee - Information & Publicity, satu portfolio yang jauh berlainan dengan apa yang aku pegang time SMF dulu. Alhamdulillah, aku takde masalah sangat dengan software, hardware dan apa-apa yang berkaitan dengan skop EXCO ni.
Shortly after penubuhan kelab ni, aku ditugaskan untuk merangka pentadbiran kelab dari segi Code of Conduct, Standard Operating Procedure, Running Order Manual, Job Scope, Room's Regulation dan lain-lain. Sebab time ni kami masih takde EXCO Pentadbiran yang kemudiannya diambil alih oleh Joe, dan Apai.
Dan kini, aku seronok menjadi as one of the members dalam SASea. Dapat ramai kenalan baru terutamanya dari kos BCA (sebab student BAS yang jadi committee ada dua orang je, yang lain semua BCA...haha). Yang terbaru, dapat menyertai sebuah meeting berprofil tinggi dengan Kementerian, first time beb!
So kawan-kawan, itulah SASea. Satu lagi platform untuk aku mengumpul pengalaman, sijil, networking dan soft skills sebelum menamatkan pengajian kat UiTM ni. Bukan gila kuasa, tapi a desire to improve diri membuatkan aku masih lagi merasakan yang diri ini masih lagi kerdil when it comes to persaingan dialam pekerjaan kelak.
No comments:
Post a Comment