Friday, April 25, 2014

Kisah AKU n Dapur Bujang

Assalamualaikum semua, tengah ada masa free ni boleh lah nak luangkan masa untuk update blog kesayangan. Dah hampir 4 tahun dia ni bersama aku susah senang, lama daripada any special relationship yang aku ada. Entah la korang, WeChat aku ni asyik lelaki je yang add, risau pulak kata-kata si Faiz and the gang tu dah sampai public. Aku lelaki sejati la, tak main la gay or biseksual ni. Puncak rumours bodoh ni jadi bila aku kena frame time kelas SOCSO semester lepas, buat pulak pastu aku clash dengan si Mas tu. Kononya kata diorang menguatkan dakwaan yang aku ni sebenarnya takde interest kat perempuan..huk. Nak buat macam mana, belum ada lagi yang sudi kat aku ni..haha

Ok lah, dah jauh menyimpang dengan tajuk entri hari ni. Sebenarnya nak cerita pasal dapur bujang. Ramai yang beranggapan bahawa student lelaki or yang bujang tu malas nak masak. Dapur pun takde benda melainkan tong sampah yang penuh dengan kotak rokok, sinki yang padat dengan pinggan mangkuk Maggi..haha. 
Aku pulak tak dinafikan oleh mak aku sendiri antara anak dia yang paling rajin masak, dan menyibuk time mak masak untuk belajar resepi. Well, bagi aku sangat penting untuk seseorang laki tu tahu memasak walaupun sekadar tahu 3-4 jenis lauk. At least, sedikit sebanyak dapat membantu bakal isteri nanti in case of emergency..:-)
Ni antara satu lauk kegemaran aku - Ayam Cili. Yang kering sedap, yang basah pun mantap. Since aku pun tak sure kalau bakal isteri tau masak benda ni. So, aku pun merajinkan diri untuk belajar masterpiece ni from mak aku dan berjaya jugaklah..:-)
Ni set biasa hari Isnin..haha. Kadang-kadang tukar masak kicap tapi tak best sangat. Macam hari tu, terlebih kicap, masin gila bapak dia!! haha
Sejak dok sorang-sorang ni memang rajin masak. Bukan apa, sebab nak makan kat luar pun sorang je. Lagi baik makan sorang kat rumah..:-)
Ok, jom selak dapur aku ni. Ni sinki, Bersih kan? Ni pun sebab hari tu mak nak datang rumah, sempat jugaklah kemas..lol
Counter memasak. Dapur portable ancient semester tiga, huu. Beli tabung gas butana tu pun bukan mahal sangat. Biasalah, student..:-p
Fridge yang sentiasa ada benda yang boleh dimakan.
Haa, yang ni brunch standard hari Selasa. Rabu and Khamis lunch dengan classmate. 

Itu lah kisah dapur En. Farid ni. Simple kan?

3 comments:

  1. syok jugak baca blog kamu ni. haha. kipidap hemsem boy.
    hukhuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? apa je yang syok kat blog saya ni? huu

      Delete
    2. yeke? apa je yang syok kat blog saya ni? huu

      Delete