Sunday, April 6, 2014

Kisah AKU n Meeting at Wisma Putra

Assalamualaikum, 

Hari Jumaat yang lepas, 4 April 2014 aku diminta untuk menyertai sebuah meeting berprofil tinggi bersama Ministry of Foreign Affairs di Putrajaya. Meeting ini merupakan milestone yang pertama untuk "Pertandingan Mencipta Logo ASEAN KL 2015" yang dianjurkan oleh Student Association of South East Asian Affairs UiTM, dimana aku berkhidmat sebagai EXCO Informasi & Publisiti. Tengok tu, dah nak habis semester pun nak pegang jawatan lagi. Gila kuasa betul la aku ni..haha
Delegasi SASea disertai oleh 4 orang committee iaitu aku (Publisiti, Multimedia), Fira (Project Manager), Joe (Ast. Project Manager) dan Aiman (Program). Macam biasalah, kalau ada field trip macam ni, memang aku prefer dan volunteer untuk jadi driver waktu nak pergi, haha. At least, bila nak balik boleh tidur..:-p
 
Kami bertolak dari Shah Alam dalam pukul 10.30 pagi dan sampai Putrajaya around 12 tengah hari. Since meeting pun dijadualkan pukul 3 petang, so kami pun ronda-ronda Bandar Pentadbiran ni dulu sementara nak solat Jumaat.
Berpeluang untuk solat Jumaat di Masjid Putra. Dah lama sebenarnya tak melawat Putrajaya ni. :-)
Pose sikit boleh tak? hehe
Ini lah Wisma Putra yang menempatkan Kementerian Luar Negeri Malaysia. Kami bermesyuarat bersama Sekretariat Induk Logistik ASEAN (SILA) yang menjadi technical assistance bagi kami yang menganjurkan program julung kali ini. Kat WP ni tak boleh snap gambar so, memang takdelah picture yang menghiasi meeting tu. Plus, bateri S3 aku pun dah nak habis.
 
The meeting was adjourned at 5.30 PM with a potential of next two meetings before the grand event. Gambar: Delegasi SASea diluar Wisma Putra. Picture credit to Safira's Note II.
Habis je meeting, kami solat Asar di Masjid Putra and terus menuju ke dock sebab nak naik bot ni..haha. Best beb, boleh drive sendiri walaupun slow macam kura-kura. Mesti ada orang ingat kitorang ni civil servant yang ponteng kerja..haha, ileks la, office hour sudah habis maa..:-p

Elok je kitorang berlabuh kat dock, hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Putrajaya, serentak dengan tu, henset aku pulak habis bateri..haha Before balik, kitorang dinner kat Alamanda, then around pukul 8.40 kami pun bergerak pulang ke Shah Alam dan tiba sekitar pukul 10 malam.

Yang pasal SASea ni, nanti je lah aku cerita kat next entry, mak aku dah panggil lunch tu..haa, till then, take care semua.

No comments:

Post a Comment