Assalamualaikum semua, maaf yang banyak sangat sebab dah lama tak update. Minggu ni ialah minggu paling busy aku - dengan assignment yang tengah take turn untuk disiapkan, plus ada dua dokumentari, dan juga yang paling penting - Sukan Antara Fakulti 2013. Seperti yang korang sedia maklum, aku memegang jawatan Timbalan Pengarah Projek untuk temasya kali ni dan pada masa yang sama, tak nak terlepas peluang untuk menabur bakti untuk FSPPP dengan menyertai acara sukan Boling Padang.
Perlawanan pertama kami pada pukul 5.30 petang ialah menentang FSR (Sains Sukan & Rekreasi), memang bila time undian hari tu pun aku agak goyang sikit. Gambar kat atas ni, our Lead - Azidi, sedang menyasarkan target.
This is our Second - Afzan, dia yang request nak posisi ni so aku pun bagi je lah..:-)
Ni pulak Adzhim, or nickname "Chor", bermain sebagai Third or Vice Skip - dia ni aku baru je train malam sebelum game - unlike Afzan and Azidi yang selalu turun training dengan aku. But, Chor ni ternyata seorang fast learner jugak..:-)
Siapa ni? huu, mesti lah aku yang bermain sebagai Skipper FSPPP sepanjang kejohanan belangsung. Mula-mula berat jugak nak galas posisi tu, sebab tanggungjawab agak berat - mana taknya, kalah atau menang bergantung kat Skipper.
Bermain menentang FSR memerlukan fokus dan juga moral yang tinggi.
Skipper meninjau keadaan..:-)
Suasana ceria di kem FSPPP apabila team lelaki berjaya mengalahkan FSR dengan jumlah mata 16 berbalas 7. Serius aku tak expect untuk menang pada mulanya..:-)
Malam pulak, team wanita menentang FPA. Next game kami pada hari Jumaat tu ialah pada pukul 9.45 malam - so, kami tunggu and menjadi supporter untuk team wanita.
Biasanya lengang je tempat ni malam-malam. Bak kata Pn. Haslah, gelanggang ni hidup time SAF je.
Berita baik lagi untuk kem FSPPP dengan kemenangan team wanita keatas FPA.
Team lelaki meneruskan rentak kemenangan dengan mengalahkan EDU dengan mata 16-3, sekali gus layak ke suku akhir. Alhamdulillah, aku memang tak percaya betul dapat bawa team SAF kali ni lepas daripada grouping.
Untuk game 16 November, manager belum send gambar kat aku lagi - but hari Sabtu ni nampaknya hari yang agak kurang bernasib baik bagi team lelaki dimana kami kalah dengan FKE dengan jumlah 15-5 didalam game untuk menentukan juara dan naib juara kumpulan.
Pada pukul 9.45 malam, game kalah mati peringkat quarter final pun bermula dengan kami menentang FKK. Dalam banyak-banyak game bowls yang aku main, perhaps ini lah game yang paling epik dan mendebarkan - kedua-dua pasukan saling bertukar mata sehinggalah FKK mendapat mata 10-6 meninggalkan FSPPP pada 2 ends yang terakhir. Pada ends terakhir apabila hon dibunyikan, FSPPP berjaya kembali dalam perlawanan dengan mendapat 4 ahead dan menjadikan mata 10-10. Perlawanan dibawa ke sudden death, satu end terakhir untuk menentukan pemenang.
Aku berjaya meletakkan bowls dihadapan, but skipper FKK, Budriz yang jauh lagi berpengalaman - state player untuk Selangor, berjaya menolak jack dan menidakkan kemenangan kami - keputusan akhir 10-11 memihak kepada FKK.
Dengan itu, maka berakhirlah perjalanan kami untuk SAF 2013. Thank you untuk manager Syikin yang selalu turun untuk memberi sokongan moral kepada kami semua. Nanti, kalau boleh kita gather sekali dengan team wanita, En Zul ada bagi duit hari tu.
Apa pulak nasib team wanita kami? Haa, tahniah untuk Skipper, Asmida dengan team kerana berjaya merangkul Emas untuk FSPPP. Kami amat berbangga dengan korang semua. Tahniah. Tahniah juga kepada FKK yang berjaya mendapat Emas bagi kategori lelaki. :-)
Overall, aku sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan kontinjen boling padang FSPPP pada tahun ni - to be exact, ni lah tahun terakhir kami hantar team sebab mulai semester depan - yang junior akan berpindah, dan aku pulak In Sya Allah akan grad pada tahun depan. 1 Emas, dan tempat ke 5 merupakan pencapaian dan penamat yang agak baik untuk kami. Majulah Sukan FSPPP, The Power of Policy!!!
p/s: Sedikit sebanyak mengubat kekecewaan pada temasya yang lepas, SAF 2012 - Lawn Bowls
Hahaha oh em gee! Syikin was my classmate masa asasi dulu! Kirim salam dia! :D
ReplyDeleteBTW, I'm so furious with this year's SAF. FURIOUS I tell ya! -.-
Yeke. Nanti saya bagitau kat dia eh. Thank you, sebab saya pun tak expect boleh sampai ke quarter tu...haha
Delete