Assalamualaikum semua, sihat ke? Semoga sihatlah hendaknya. Ok lah, since SAF pun dah nak dekat habis, cuma tinggal esok je untuk upacara penutup yang maybe aku tak dapat nak hadir. But, overall dan so far, Team FSPPP SAF 2013 kini berjaya mengutip sebanyak 8 pingat emas, 5 perak dan 3 gangsa, 4 sukan ke quarter final dan selebihnya di peringkat grouping. Tapi hari ni, aku bukan nak bersembang pasal SAF - but, nak cerita lah sikit pengalaman buat dokumentari untuk subjek Malaysian Economy. In sya Allah, kalau tak busy, aku update pasal dokumentari Public Finance pulak..:-)
Welcome to EXO TV..haha, ini lah rancangan TV kami yang memaparkan isu-isu semasa berkaitan ekonomi dan finance.
Dalam dokumentari dimana aku jadi caretaker untuk kumpulan ni, aku meletakkan 3 phase iaitu - role play, public interview and expert interview. Dalam role play ni, Zaza sebagai Host EXO TV, Kak Shafa sebagai middle-income people dan juga Faiz, Managing Director untuk Krupp-Hansard Steel (M) Sdn Bhd, mewakili high-income people. Role play ini bertujuan untuk menggambarkan situasi yang dialami golongan-golongan ini didalam menghadapi masalah inflasi di Malaysia ini.
Phase yang kedua ialah Public Interview, dimana kami keluar bersama-sama untuk menemuramah orang awam berkaitan inflasi. Bagi menyenangkan kerja memilih responden, kami memilih untuk melakukan sesi itu di Plaza Alam Sentral. Dapat lah jugak tiga orang - but mostly, the public does not aware about the true color of inflation.
Phase III ialah dimana role aku dimainkan..haha, apa ayat tunggang terbalik tu bro. :-p Untuk expert opinion, aku berjaya mendapat seorang contact from my uncle dan, expert yang dimaksudkan itu bekerja di sebuah syarikat yang aku pernah memasang impian untuk menjadi as one of its team - company yang dimaksudkan ialah DRB Hicom.
En Yusra B. Mat Aris, seorang Senior Manager didalam DRB Properties ni merupakan graduan Master of Business Administration di UKM dan kini dalam proses menghabiska PhD, juga didalam bidang yang sama. A very expert man in Economy, beliau boleh jawab semua persoalan yang aku ajukan tanpa sebarang skrip. Dan sudah tentu, lecturer Economy kami memberikan respons yang agak baik atas effort kami, terutamanya pada sesi expert interview ni. Tak sia-sia sesat dengan Faiz hari tu semata-mata nak ke Glenmarie tu..haha
Aku sebagai reporter EXO TV..haha, macam haram je kalau tengok balik video ni..lol
Ok lah guys, aku pun nak sambung buat Project Management ni, bidding day dipercepatkan lagi - so, maknanya jadi lagi tension aku nak memikirkan event-event ni. Nantikan pula, dokumentari Public Finance kami pulak..till then, take care!!
No comments:
Post a Comment