Assalamualaikum semua..Hey guys, dah masuk study week ni. Maaf jugak sebab lambat update blog ni, agak bersarang jugaklah. Bukan apa, just nak cakap yang semalam telah berakhirnya kepayahan hidup dalam semester 5 ni dengan submission research proposal dan juga drawing block untuk proma. Memang rasa terharu jugaklah time nak submit tu, sebab memikirkan susah payah nya dengan tak tidur boleh katakan setiap malam dalm minggu yang crucial ni. Ok lah, ni aku nak cerita trip minggu lepas sebenarnya. Sebab dah takde masa nak curi untuk update, so terpaksalah delay.
Ni cerita 15 December tau, takut ada yang pelik pulak, sebab aku kan ada kat Rawang sekarang ni..haha. Hari tu, aku, Joe, Pok Jad, Helmy dengan Ishak berkonvoi motor dari Shah Alam ke Pantai Morib..perjalanan sejauh 50 KM itu merupakan yang terjauh aku pernah bawak tau..:-)
Konvoi ni tujuan sebenarnya nak release tension lepas bidding session hari tu - aku ni bukannya member of project team Synergy Dimension ni, but since Joe dah invite, aku pun OK je..Lagipun diorang ni kawan-kawan aku jugak..:-)
Sampai-sampai je kitorang lunch dulu, sambil melihat pemandangan sekitar Pantai Morib tu. Ramai jugak pengunjung yang datang terutamanya family. Aku ingatkan budaya berpiknik ni dah mati kat Malaysia, rupa-rupanya still banyak family yang masih menerapkan culture ni. Maklumlah, sekarang ni kan dah era globalisasi dan teknologi, anak-anak mana suka sangat nak keluar rumah kan?
Salah satu aktiviti yang banyak pengunjung buat kat sini ialah dengan bermain layang-layang.
Benda ni sebenarnya dah lama plan, sejak Part 3 lagi. But, semua busy sampai tak terjadi pun. So, kemuncaknya after bidding hari tu lah, bila Joe bawak idea untuk release tension...Buat student Part 4 sekarang, be prepare lah. Bidding tu boleh buat putus kawan tau..:-p
Panas cuaca minggu lepas. Nasib baik, aku pakai sweater time bawak motor - kalau tak mesti burn gila kulit aku.
Joe ni baru lepas memerut..haha, time-time ni pulak buat hal..haha
Siap letak sapu tangan kat belakang topi tu..:-)
Dah kenapa si Helmy ni nak pakai spec aku..huu
Bye-bye Morib, kami nak ke destinasi seterusnya pulak..:-)
Kesian CT100 aku hari tu, tiba-tiba kena paksa bawak jauh-jauh. Selalunya kat area-area UiTM je kan? haa, sekarang ni dah sampai ke Banting,,huu
Destinasi seterus kami ialah ke Pantai Kelanang. Kat sini kitorang lepak-lepak, makan cucur udang dengan air kelapa sambil sembang-sembang pasal pre and post bidding..haha, kongsi pengalaman masing-masing. Dengar cerita time study week ni diorang nak piknik lagi, camping to be exact. Tempat tu tak tau lagi.
Berteduh dibawah pokok sambil memerhatikan family-family yang berliburan kat Kelanang ni.
Bersama Ishak, ni orang asal Banting. Semua tempat, short cut dia tau. haha
Sesi melepaskan tension (baling batu)..haha
Destinasi terakhir kami di Banting hari tu ialah ke Bukit Jugra. Ishak yang suggest, dapat tengok matahari jatuh katanya. Ni time tengah bagi makan monyet kat situ..serius kelakar gila..:-)
Pemandangan dari atas Bukit Jugra. Morib yang belah kiri tu. Kelanang pulak dekat-dekat situ jugak.
Kat sini ada rumah api, dan juga observation post. Tapi tak bukak untuk public time kitorang sampai hari tu. Kalau siapa-siapa nak try para-gliding boleh lah datang sini.
Bajet pulak dok ikat sweater kat pinggang. Ingat K-Pop ke? Dalam pukul 6.30 petang kami pun bergerak meninggalkan Bukit Jugra.
Perbincangan tentang minyak yang paling jimat dan of course PETRONAS is the best, sebab aku sorang je yang pakai Syntium kat sini, diorang 4 orang semua pakai SHELL. Mana taknya isi penuh RM 6, time balik ada setengah tangki lagi. Compare dengan diorang yang kena isi lagi time nak balik..haha
Sebab dah malam, Ishak pun ajak kitorang lepak rumah dia dulu. Siap dapat makan free beb, huu. Lepas Isya kami meninggalkan Banting dan tiba di Shah Alam kira-kira pukul 9.45 malam. Pengalaman betul bawak motor hampir 100 km dalam sehari. Bak kata Joe, at least time dah ada family nanti, ada something yang boleh aku cerita..huu, compare dengan diorang yang tau nak naik kereta je kalau nak jalan jauh sikit.
In conclusion, memang best sebenarnya berkonvoi ni, lagi-lagi dengan kawan-kawan. Yang mana tak try lagi tu, cuba-cuba lah - tak rugi punya.
No comments:
Post a Comment