Salam semua, tadi several classmate yang setia dengan aku (Loyalist, ngeh2x) ada buat jamuan perpisahan sebelum menamatkan semester dua dan juga bermulanya peperiksaan akhir kami. Berikut adalah detail event kitorang.
Tempat: Tasik depan PKNS, Shah Alam
Masa: 8.00 - 10.00 malam
Jemputan : 12 orang
Bayaran: RM10 per head
Tentatif: 8.00 - 8.30 - Ketibaan jemputan
8.30 - 9.00 - Makan (KFC, Nasi Lemak Jati, Sate Haji Samuri)
9.00 - 10.00 - Roundtable
Hari ni tugas aku memang jadi photographer. Alah, korang macam tak kenal je aku ni. Suka sangat amik gambar walaupun kamera henset tak cantik. Tapi, tujuan aku amik gambar ni sebab well, I'm blogger and aku lagi senang untuk publish picture hasil usaha sendiri. Biar kamera takde flash ,at least effort nak amik tu ada..huu, rugi pulak tak bawak cybershot kat rumah.
Wajah-wajah ceria mereka. Ni list nama yang datang event. Complete 12 orang jemputan dapat luangkan masa. Mereka termasuklah aku, Joe, Yat, Yasin, Helmy, Pok Jad, Wan, Faiz, Syafa, Zaza, Eyka dan Izzah. Kami ni dah jadi classmate sejak part 1 lagi, and that's why aku plan tarik diorang untuk jamuan ni. Bukan aku tak expect classmate lain untuk join but bagi aku, kurang rapat so macam takut semua jadi awkward.
Semester depan serius nak bawak cybershot aku. Supaya aku mampu nak snap moment yang indah macam ni dengan lebih clear.
Kalau korang semua perasan, tempat ni pernah jadi tempat aku and kawan-kawan CA buat CDO birthday Atikah. Tempat yang sama, pencahayaan yang sama but keriuhan yang berlainan.
Tengok makanan tadi, memang berbaloi RM10 aku. Tak sia-sia berlapar hari tu. Sebab kalau makan petang tadi, takut kenyang pulak.
Sebelum makan, bacaan doa dibacakan oleh Helmy (bukan yang tadah tangan tu, itu namanya Wan)
Kekadang tengok balik rasa sedih sangat, sebab teringat sekejap yang waktu asasi dulu Abg Nezam Crew pun ada buat benda yang sama macam ni, kesannya sekarang - kitorang jadi renggang and hubungan tak seutuh waktu zaman asasi. Takut sangat yang 12 kami ni bawak haluan sendiri pulak.
Yasin and Kak Syafa. Yasin ni bukanlah BA2C sebenarnya tapi sebab ada subjek dia join BA2C, maka aku decide untuk masukkan dia dalam list jemputan. Semester depan sepatutnya kau rejoin kitorang balik. huu
Ni pulak waktu sesi roundtable. Dimana each of us kenalah memberi ucapan, luahan hati tak kisahlah buruk ke baik. Jujur malam ni, boleh menyelamatkan hubungan sesama kita juga. Best roundtable ni, banyak jugak secret, cakap belakang yang aku dan yang lain dapat. Bayangkan dah dua semester, mesti ada punya ketidakpuasan hati.
Waktu ni nak balik dah, around 10.30 PM. Walaupun tak clear but at least still memorable and valuable buat aku.
Ni collage aku buat tadi, picture-picture waktu roundtable. Macam-macam ekspresi ada. Bila tengok serius rasa sedih and rindu.
Akhir kata, mereka ni merupakan kumpulan yang secara jujurnya aku katakan, yang paling berdisiplin diantara classmate-classmate yang lain - attendance yang baik, tak banyak soal dengan tindakan aku, takde komplain from lecturer dan professor, yang kurang bawak masalah kat aku, yang bayar yuran kelas awal, yang bila takde notes mintak personally kat aku (sebab ada yang tunggu bila takde note baru terhegeh-hegeh nak jumpa aku), yang selalu buat aku ketawa, yang selalu bagi aku semangat untuk aku terus menjalankan tanggungjawab. Selamat maju jaya semua. Terima kasih kerana sudi datang memeriahkan majlis perpisahan kita ni, semoga ukhuwah yang terjalin menjadi semakin kuat dan bertahan.
p/s: Sem depan aku memang tak berniat dah nak jadi CR. Serius ni.
No comments:
Post a Comment