Salam semua, dah lama tak update blog kan. Bukan sengaja tapi bulan ni aku memang busy sangat-sangat sampai minggu lepas aku terlupa nak buat handout LAW299 kat classmate aku..huu, sory ye budak-budak. Banyak sangat komitmen aku kena bahagikan - Tunas SMF, CA, CR dan juga Pengarah Program Forum. Semalam, berakhirnya meeting CA yang terakhir sebelum VCSP 2.0. Term untuk CR pun bakal berakhir minggu depan. Tunas pulak takde modul untuk dihandle and yang terbaru, Pertandingan Forum Pemikiran Pemimpin Negara yang berjaya dilaksanakan petang tadi. So, cerita entri hari ni berkaitan Forum ni lah. Apa yang specialnya program ni? Ok, aku nak cerita la ni.
Yang membuatkan program ni suatu kenangan bagi aku ialah - inilah program pertama yang aku kendalikan di UiTM sebagai Pengarah Program, sebelum ni dapat jadi biro je macam tak mencabar sangat, nak yang mencabar sangat..amik kau ni, Pengarah Program terus..huu
Aku sampai yang paling awal sekali, pukul 7 pagi untuk check lagi. Then, jumpa diorang ni. Ingatkan tak datang tadi. Aku suruh record, and snap langsung takde..kuang asam betol. Nasib baik, Rizal ada.Tadi, agak dilema jugak sebab tak tahu nak fokus kat mana sebenarnya. Kat Program ke atau Team Forum. Ouh, terlupa nak bagitau yang aku pegang dual role dalam program ni, sebagai Pengarah dan juga seorang Panelist untuk group HPD132F.
Cik Moderator, Madihah dan juga Panelist ke3, Abg Arif
Aku bersama Panelist pertama, Kak Sahida. Waktu ni tengah standby sebab kitorang yang first akan berforum.
Screenshot from video yang direkod oleh Rizal.
Lepas tamat je sesi aku, aku dah boleh melepaskan beban team dan mula bergerak semula sebagai Pengarah Program dengan meronda biro-biro yang bertanggungjawab diluar dewan. Ni makanan untuk budak yang tak datang.. Erm, ok la tu. Nasib baik ramai jugak datang tadi.
Ni Korean Festival menyibuk je, nasib baik tak kacau program aku kat atas tu. Tapi, strategik jugak sebab bila program aku tamat, diorang singgah korang punya tempat.
Sedikit gambar yang aku sempat snap, tak dapat amik banyak sangat sebab kena sentiasa alert dengan keadaan sekeliling. So, tak boleh nak berada kat satu tempat tu untuk satu tempoh masa yang lama.
Dalam pukul 1.00 program tamat dengan jayanya, huu. Aku kena buat ucapan penutup, waktu ni ramai gila yang terkejut. Aku rasa sebab diorang ingatkan aku ni panelist je..huu. Then, yang lagi tak menahan bila team forum group HPD132F dapat jadi naib johan pertandingan tu. Aku rasa lagi bengkek je diorang kat aku..:-p Sori, takde gambar sebab takde siapa yang record or snap waktu ucapan, dan penyampaian hadiah. Nanti kalau photographer program dah e-mel, aku tunjuklah..huu
Bergambar bersama team forum group HPD132F, yang kat depan tu panelist and moderator. Kat belakang pulak, PA panelist..huu. Abaikan muka aku tu, penat bercampur lega dan juga gembira. Itulah kesan campuran ketiga-tiga emosi tersebut, ngeh2x
Abg Arif dapat anugerah Panelist terbaik, aku dah agak sangat. By the way, congrats bro. Tercapai jugak hajat nak hadiah yang memorable kan..huuSesi mengagih-agihkan hadiah kemenangan. Walaupun kitorang je yang berani tampil mewakili kelas tapi tak lupa jugak kat mereka yang memberi sokongan moral kepada kami.
Makan bersama VIP. Erm, tadi Ketua Jurulatih puji aku doe..bangga lah pulak rasanya. Beliau cakap - "Badan yang kecil tak semestinya tak mampu nak buat event sebaik ini.." and lagi satu "dual role dalam satu masa, kerja gila betul, tapi bagus untuk menjadikan awak lagi multitasking.." huu
Aku ajak jugak berapa orang lagi CR yang berfungsi sebagai biro untuk program ni sebab banyak makanan lebih kat meja VIP tu. Manalah muat tangki aku ni nak sodok semua..
Pukul 2, lepas dah kemaskan dewan kuliah tu and make sure ianya seperti yang kami dapat semalam. Then, aku terus bergerak balik. Sampai rumah je, basuh baju yang dah bertimbun and kemas bilik yang dah cam stor peluru..huu
Maka, berakhirlah bulan yang memang memenatkan. Tak sangka yang aku mampu bertahan dengan jawatan dan komitmen yang bersepah-sepah. Masih mampu pergi kelas macam biasa walaupun penat, compare dengan budak-budak yang takde komitmen apa pun tapi selalu ponteng. Rasa banggan yang teramat kerana telah berjaya melakukan tugas yang diberi dengan baik. Aku jugak ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada biro-biro. Aku tau, walaupun majoriti kita ni masih blur and kurang arif lagi tentang event management tapi at least, kita sudah cuba yang terbaik. Aku sangat berbangga dengan korang. Sekian
Our team has been groom well. 1st Place and 2nd Place sipi sipi sangat mata but we managed to do it..Ingat event ni sampai bila bila..if Diha & Sham baca ni, sory yer kerusi pecah.. hahaha to McBride,Sha,Madiha,Sham,Reezal,Imran,Natalia ,Fais and partners ...Thanks to You All..Brighter future awaits you all ahead. C U when i C U ~~
ReplyDeletefar from my expectation pada awalnya sebab mungkin X factor student law tu sndiri but syukur kepada Allah, kita berjaya singkirkan persepsi itu. terima kasih sekali lagi.
Deleteweiyh, gambar reramai tu, cut sikit. segan laaaaaa! kain aku terngkat sikit
ReplyDeleteyela2, nanti aku edit balik entri ni.
Deleteaish, lambat
ReplyDelete