Salam semua, huu..happy ni baru habis satu paper. Hekeleh! baru satu paper dah poyo gila mamat ni. Ala, bukan apa - paper Industrial Relations ni killer paper tau. Dah la buat waktu opening final examination ni, memang lega gila lah sebab dah lepas. Habis je paper ni tadi, terus pergi FUU nak check carry mark untuk LAW299 - sampai je, kecewa gila dapat 27.4 je, wuu..macam mana nak A ni.? Pastu pergi FSPPP, check carry mark ADS465 pulak. Alahai, 30 pun tak sampai - dapat 29.5 je. Tapi highest, huu. Waktu ni aku dah menyirap gila, bayangkan satu carry mark pun yang above 30. Rasa macam bakal teruk je result aku ni.
Tapi, steady je. Sebab semester ni tak target banyak pun. Akupun keluar dari FSPPP and singgah Bintang jap, nak beli barang rumah (Mujahid yang cakap, sebab rumah kitorang takde dapur gas..huu). Pergi sorang je, takdenya berdua. Boring jugak, kekadang jeles jugak tengok siapa-siapa yang kapel dekat-dekat ni. Ada je masa nak keluar, makan sesama.
Lalala ~ berjalan-jalan cari stok. Ramai jugak siswi UiTM shopping hari ni, mesti nak beli stok waktu exam kan? Untunglah pergi shopping ada teman, saya ni sorang je. So tak payah lah nak tengok-tengok.
Amik kau, dulu mak ayah yang beli. Sekarang ni beli sendiri je, huu. Air kotak tu yang penting sebenarnya, hehe..
Semuanya RM 33.50. Terima Kasih, sila datang lagi.
Nasib baik muat..kalau tak camne la aku nak bawak semua barang ni tadi..Kalau lah aku tak kisah pasal duit ayah dulu, gerenti sekarang ni pakai kereta sebijik, ngeh2x..
Balik je makan jap, takde selera pulak nak makan nasik hari ni. Maybe carry mark tu punya pasal kot. Nampaknya, aku kena kerja keras lagi ni.. Berusaha!!
la. ingatkan akasyah tadi ^^
ReplyDeletepulak dah. kat mana je yang sama..:-)
Delete