Assalamualaikum semua, baiklah this is entri untuk hari ketiga iaitu hari ni - 28 May 2013. Untuk hari ketiga, destinasi kami ialah di Gangnam Station - kat situ adalah beberapa tempat tarikan untuk golongan-golongan muda Korea yang cintakan teknologi.
Kami naik subway from Myeong-dong, aku pun tak sempat nak catch up sangat apa yang si tourist guide tu terangkan pasal perjalanan tren, ikut je lah mana diorang pergi tadi..huu
Destinasi pertama - Samsung D'Light. Dengar nama pun dah tau apa ada dalam bangunan ni..:-)
Tapi aku dah lah pakai Nokia, C3 pulak tu..huu, mesti kena gelak punya dengan staf dalam Samsung D
Light tu..kat sini, budak sekolah rendah pun paling cikai dah pakai S1..huk
En Zulkifli mencuba permainan interaktif yang disediakan. Teknologi canggih merupakan aset Korea Selatan dalam pembangunan negara mereka dan global.
Mencuba aplikasi yang disediakan..huu, macam noob betul tambah pulak tulisan pakai Hangul..memang macam kura-kura jugaklah aku tadi..
Kacau daun betul si Hisyam ni, dah la dress macam orang nak g cari kerja je tadi.:-p
Tulis apa tu Farid?
Lepas tu, kami singgah di COEX Mall. Sebuah pusat membeli belah yang menempatkan premis-premis perniagaan yang kebanyakkannya memang expensive. Kami sebenarnya datang sini nak lunch but agak susah nak makan sebab takde kedai pun yang ada cop halal. So, ada keraguan lah.
Dah la semalam kasut putih basah , terpaksalah guna kasut kulit which is sangatlah tak digalakkan untuk berjalan-jalan jauh.
Semua kami tak makan pun, ni tengah menunggu satu group lagi before bertolak ke Itaewon. Sampai tertidur si Joe tu..:-)
KRU - Norman, Edry, Yusri..haa~
Alhamdulillah kat Itaewon, ada banyak kedai dan restoran yang halal sebab majority kat sini beragama Islam, mereka datang daripada Pakistan, Turki, India etc. Seoul Central Mosque pun terletak kat area Itaewon ni.
Kami singgah solat disini before cari makan. Tourist guide kami pada hari ni ialah Mr. Nazirul, juga seorang pelajar Malaysia di Korea
Aku, Joe, En Zul, dan Nairul makan kat sini, nasi beriyani ayam berharga 8000 won which is very good sebab ianya sedap, banyak dan mengenyangkan.
Itaewon - area ni tak luas pun. Cukuplah masa yang diberi untuk kami bersiar-siar..:-)
Itaewon ni memang aku recommendlah untuk Muslim. Sebab sini memang ada akses untuk restoran halal, mini mart yang diusahakan oleh Muslim, masjid untuk bersembahyang dan juga kawasan perniagaan yang tak kurang murah jugak. Cuma maybe tempat penginapan area ni aku tak tau sangat kat mana kecuali Hamilton Hotel.
Oopps, yang ni aku ternampak. Tapi takdelah nak masuk..haa~
En. Zul nak beli topi besbol untuk anak-anak dia kat Malaysia..:-)
Kedai-kedai souvenir memang berlambak, plus kiosk souvenir pun sebenarnya dah cukup untuk kami shopping tadi.
Dapat amik gambar Jessica pun jadilah..haa~
Menunggu kebab yang besar gedabak jugaklah, berharga 4000 won. Owner kedai tu pandai cakap Bahasa Melayu tau..huu
Dalam pukul 1840 petang waktu Korea, kami pun tiba. Macam biasa waktu malam aku dan beberapa orang kawan yang kepenatan, plus tumit aku yang merasa kesakitan penangan leather shoes yang dipakai sepanjang hari prefer untuk lepak kat rumah je. Esok, kami akan ke Seoul National University untuk sesi academic visit dan juga dialog bersama student-student pentadbiran mereka.
Huu, berjaya jugak habiskan semua entri setakat ni. Nantikan lagi ye esok. Till then, take care semua.!!
No comments:
Post a Comment