Assalamualaikum semua, diharap berada didalam keadaan sihat sentiasa. Malam semalam aku menghadiri satu event UiTM yang boleh dikatakan amat besar nilainya dimata aku yang seorang nasionalis ni. Event tu ialah Perjumpaan Perdana Warga UiTM Bersama PM kita, Dato Seri Najib Tun Razak Aku ada nampak flyer event ni berapa hari lepas tapi memikirkan siapa yang aku nak ajak tu yang jadi masalah - seperti yang korang tau kebanyakan kawan-kawan aku ni anti-gov sikit, huu. So, mula-mula ingat tak nak pergi tapi Amirul Hafiz, junior aku ajak pergi - katanya dia pun sama jugak situasi dengan aku tapi bila selalu nampak post aku kat fb yang menyokong BN, teruslah teringat nak ajak aku. And aku pun ON!!
Waktu ni belum ramai lagi, ada Polis yang menjaga keamanan event.
Ni la Gelugor, kalau korang ingat lagi la sketsa teambuilding hari tu. Best friend baru aku..haa~
Kami gerak dalam pukul 7, singgah Primasiswa untuk amik baju. and solat Maghrib. Dalam pukul 8 kami bersama Team JPNR bergerak ke Padang Kawad. Haa, ni pic waktu sampai je - dah semangat kan, mestilah dapat berkumpul ramai-ramai dengan orang yang satu kepala. Bukan macam dalam kelas CTU sem lepas, asyik kena je..hukMelihat gambar yang menjadi saksi keutuhan UiTM dalam membangunkan destini anak bangsa. Sedih aku tengok gambar-gambar ni, betapa payahnya kerajaan dari zaman merdeka sampailah sekarang berusaha untuk meningkatkan taraf hidup bangsa kita. Korang yang bukan UiTM mungkin tak faham, tapi kami pelajar UiTM berjanji untuk mempertahankan universiti ni daripada dibuka kuotanya kepada bangsa lain.
Yeay, ada geng!! Sayang PM dan BN!!
Kami lepak dengan Team JPNR, berpakaian serba merah. Yang sebelah Amirul tu Hidayah, dia nilah JPNR FSPPP, ada sorang lagi Azira.
Saya menyokong penuh Gagasan 1 Malaysia!! Janji Ditepati!
Ni waktu lepas Dato Seri berucap, oh lupa nak bagitau MC untuk program semalam ialah AC Mizal, manakala artis undangan Saiful Apek, Adira, Felix, Shae dan juga Amy Search. Seronok jugak dengar artis nyanyi, bukan selalu..huuMalam semalam juga merupakan perasmian Yayasan Destini Anak Bangsa oleh Dato Seri, tanda kesediaan beliau dan kerajaan dalam terus membantu meneruskan legasi yang dimulakan Dato Onn ketika Dewan Latehan Rida ditubuhkan. Dato Seri Najib didalam aku janjinya dihadapan siswa-siswi UiTM berjanji untuk membuka 10000 ruang kemasukan pelajar destini yang asalnya hanya dibuka kepada 5000 sahaja. Syabas Dato Seri!!
Sayangi Malaysia, Yakini Barisan Nasional!! Tolak PAS, PKR & DAP!
Dalam pukul 11.00 aku hantar Gelugor, then melantak KFC..huu, sedapnya dapat makan free :-)
Haha! Hi my new best friend:-)
ReplyDeletehi jgk, tenkiyu2 sbb bca blog ni..hehe..klau x , xde nya kenal ko
DeleteBiasalah tuan hamba kan popular. Tidak seperti hamba, hanya rakyat biasa:-)
Deletepulak dah. hamba ni juga rakyat biasa..takde yang lebih pun. :-)
Delete