Thursday, May 9, 2013

Kisah AKU n Parcel From Australia

Assalamualaikum semua, petang tadi waktu tengah syok makan dengan Joe kat ReDone tiba-tiba ada orang call, dalam hati aku menyumpah - ni mesti wrong number nak cakap dengan Mohd Ali B. Zulkifli. Bukan aku la tak guna, dah berapa kali aku nak cakap lagi..So, akupun angkat la kali ni, ingat nak sound je - tiba-tiba:

Mr X : En Muhammad Farid Abd Gani ke?
Aku: Ye saya, siapa yang bercakap ni? (stail waktu zaman kerja Onyx dulu..huu)
Mr X : Saya dari Pos Malaysia, ada kiriman untuk encik. Encik ada kat rumah ke?
Aku : Saya tengah lunch, dalam 10 minit lagi saya sampai.
Mr X: Encik nak saya tunggu ke? 
Aku: Erm boleh jugak, encik tunggu saya depan kedai mamak tu eh..10 minit lagi saya sampai.
Mr X : Baiklah.
Aku : Terima kasih, dengan siapa saya bercakap ni? (stail Onyx lagi..haa)
Mr X: En Ramlan.
Aku: Alright..:-)

Akupun cepat-cepat habiskan makan, amik photocopy yang buat before makan tadi and memecut ke destinasi. Sampai je nampak ada van Pos Malaysia, lalu aku pun merapatkan motor aku disebelah van itu..huu (ayat skema ap ke hal..) En Ramlan pun menyerahkan bungkusan itu kat aku, aku sign , cakap tenkiyu sambil melemparkan senyuman..
Sampai bilik je, terus bukak parcel tu and then dah tau pun apa benda dalam tu berdasarkan tagging parcel tu - alhamdulillah, pembelian aku yang kedua dari luar negara berjaya. Before this kan aku ada beli bowls from UK.

Nampak ada notis, aku cukup respek Mat Saleh buat business - sangat jujur dan sedaya upaya memberi servis yang bagus. Seperti dalam notis, asalnya aku order kaler grey, tapi sebab out of stock - Mrs Kelly gantikan dengan kaler hitam which is sangat cantik jugak..:-)
So, ni lah barang yang aku order - bowls bag. Baru lagi, siap ada tag nama tau..huu. Kali ni aku beli daripada Australian, setelah mengambil kira postage rate yang jauh lebih murah.
Ni pulak aku beli sekali dengan bag tu, beli bag dengan jack dapat jimat kat postage rate, dimana aku dapat rate untuk combined postage.
Try masukkan bowls aku and yeay, muat sangat. Yang lagi dua aku letak kat bahagian atas beg ni.
Dapat free sapu tangan yang sangat vital untuk bowlers, untuk mengelakkan tangan licin sekaligus menganggu kelancaran delivery.
Puas hati sangat untuk barang-barang ni. So far aku dah ada 3 benda yang penting untuk bowlers iaitu bowls, bowls bag dan juga jack. Mat tu tak payah la - pandai-pandai la aku agak-agak nanti. Tapi, still tak puas hati sebab aku dapat rasakan yang kronisme among Manager SUKOL NR sekarang, bayangkan aku dah bagi nama awal-awal tapi tak de pun call untuk selection. Aku tak kisah la kalau tak terpilih ke apa, tapi yang penting fair la sikit - kalau macam tu baik tak payah open untuk bagi nama..

5 comments:

  1. Dalam pengurusan SUKOL pun ada kronisme?? (Ok bantah! Pakai baju hitam!! Kita buat pemilihan semula).. Haha :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal, benda ni ada kat mana-mana.

      Delete
    2. Haha! (Aq hanya bersifat sarkastik)
      tuntut pemilihan yg telus. Jgn ada blackout,jgn guna warga asing

      Delete
    3. x main la blackout, kalau diorg main kotor - kita main cara baik.

      Delete
    4. Bagus. Itu yang harus sebenarnya

      Delete