Assalamualaikum kawan-kawan, ok lah ni last entri untuk first day aku kat Korea. Akan ada entri menyusul untuk hari kedua tapi tunggu dulu lah,..letih beb, nak tido pasni. Esok ada program lagi..Ok lah, enough talking, jom proceed je. Lepas balik dari Gyeongbokgung Palace, kami balik guesthouse - mandi dan rehat sekejap, then malam tu plannya dalam tentatif makan dan aktiviti bebas di Myeong-dong.
Ni kat sebuah restoran yang aku tak perasan nama - bersih dan servis yang baik.
Bersama Pok Jad..malam dimana semangat Negaraku datang pulak dengan aku yang menyarung jersi Team Malaysia.
So, inilah dinner kami semalam. Ada kimchi, ikan bakar, asam pedas (haa..aku pun tak tau nama makanan tu tapi memang sriously rasa macam asam pedas..)
Kekenyangan, honestly memang sedap sangat dinner semalam especially asam pedas dengan ikan bakar tu..Rasa macam nak datang lagi je..:-)
Lepas makan je, kami dilepaskan - boleh lah nak shopping, jalan-jalan tapi dengan syarat mesti dalam berkumpulan. So guys, this is Myeong-dong, atau "bright town" - ia adalah commercial centre, shopping and tourism district
Pada tahun 2012, kawasan ni listed sebagai 9th most expensive shopping street in the world.
Mantap betul jalan-jalan pakai baju Malaysia ni..:-p
Yang paling tak menahan, aku dengan Joe suka-suka je jalan tak ikut team.
Kesannya, sesat jugak kitorang sampai dah nak ke Namsan Tunnel. Tapi, hikmahnya banyak jugak..
First, dapat berjalan-jalan kat area ni lebih jauh daripada orang lain..haa~
Second, memerhati gaya hidup golongan muda dan tua Seoul - tak dinafikan memang bersepah-sepah couple muda Korea melakukan aktiviti yang tak sepatutnya dijadikan panduan oleh anak-anak muda Melayu Islam kat Malaysia.
Thirdly, dapat jugak shopping kat kedai souvenir yang ada discount ni..huu, yang bestnya aku dengan Joe dapat jugak apply third language kami sebab owner kedai ni boleh berbahasa Jepun dengan baik - paling best, kami dapat free air Yakult...:-) Thank you Sensei Aini & Lim sebab ajar kami cakap bahasa Jepun.
So, itulah pengakhiran hari pertama aku di Korea. Nantikan entri seterusnya, Annyonghi
gaseyo!!
wah,bestnya dpt p korea XD
ReplyDeletealhamdulillah, rezeki kami, insyallah awak boleh sampai kesini jugak..:-)
Delete