Assalamualaikum semua, maaf terlewat update blog ni sehari, malam semalam aku keluar tu la yang tak sempat nak update untuk hari kelima. But, untuk hari keenam kami di Korea iaitu hari ini, aktiviti bebas so aku gunakan pagi ni untuk update aktivit semalam ok.
Breakfast di pantri dulu sebelum meneruskan aktiviti kami disini.
Untuk semalam, kami tak jalan jauh-jauh pun macam hari-hari sebelumnya yang sampai naik subway transit. Semalam just naik subway direct je ke destinasi
So, inilah destinasi pertama kami - melawat Namsangol Hanok Village iaitu didalam bahasa kita sebut sebagai Kampong Rumah Tradisi.
Apa yang menariknya tempat ni is that ianya memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk merasai pengalaman rakyat Korea ketika era Joseon Dynasty
Salah satu rutin harian rakyat Korea ketika itu
Namsangol Hanok Village termauk dalam list 5 tempat yang tercantik di Seoul. Ianya mesti dilawati kalau korang dah sampai Seoul.
Berjalan-jalan di Tembok Besar China..huu, eh takdelah ni jalan masuk ke Kapsul Masa Seoul.
Kapsul masa ini menyimpan 600 barang yang telah ditutup pada 29.11.1994 dan akan dibuka pada 24.11.2394 untuk meraikan 1000 tahun kelahiran Seoul. Kita pun ada kapsul masa jugak iaitu kat Putrajaya dimana kapsul masa Wawasan 2020 disimpan - Insyallah pada 2020, Tun M sendiri yang akan membukanya, sebab beliaulah yang mengasaskan Wawasan 2020.
Dah kenapa happy sangat ni?
Atototo, comelnya budak-budak ni..:-) Sepanjang aku berada kat Korea ni, aku perhatikan mereka ada budaya yang mencintai dan menghargai sejarah negara mereka. Ni maybe ada lawatan tadika kot..huu, tapi good lah sebab dah ajar budak-budak ni awal-awal lagi.
Huu, ni jelah gambar dengan Korean yang aku ada dalam henset..:-)
Taegeukgi - bendera kebangsaan Korea Selatan. Ok readers, cuba teka apa nama bendera kebangsaan negara kita, Malaysia?
Nanti nak bawak bakal isteri datang sini lah..try pakai traditional Korean wedding dress..:-)
Ok lah, jom kita pergi next entry..!! Ooops terlupa, Happy 400th entry !!
No comments:
Post a Comment