Assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari ketiga aku kat Korea ni. Sejuk jugak sebab hari-hari hujan je, aku menaip ni pun pakai sarung tangan..huu. Ok lah, untuk entri kali ni aku nak update pasal hari kedua aku kat Korea iaitu semalam. Maaf eh lambat sebab pagi, petang penuh dengan berjalan. Malam pun curi-curi sikit masa dengan tak join budak-budak lain berjalan..
Semalam destinasi kami satu je iaitu di Nami Island, tapi diberi peluang untuk menghabiskan masa untuk menerokai pulau tu sampai pukul 5 petang. Btw, ni waktu kami nak tunggu train ke Nami.
Haa, ada la pulak lelaki amik gambar macam ni..biasanya perempuan je yang tau snap...huk
Tiba di Gapyeong Station.
Ni pulak time nak naik ferry ke Nami Island, nama pun pulau mestilah dikelilingi air..huu..:-)
Sampai je terus posing baik punya kan..haa. Tapi kalau Korea pose ni biaasa je, ada yang lagi mengancam..
Nami Island ni selalu jugak jadi tempat shooting untuk penggambaran drama-drama Korea, yang paling famous Winter Sonata, First Kiss etc...haa, sebenarnya tak tau dah..:-p
Pulau ni jugak sinonim dengan couple yang tengah bercinta...banyak jugak couple aku tengok jalan-jalan tadi. Tapi aku just jalan sorang-sorang je..mengharapkan yang ada seseorang yang aku boleh payungkan..huu
Jambatan yang jadi scene shooting untuk drama First Kiss.
Acah-acah pegang daun pula ;-)
Kami jalan bertiga je di bumi Korea ni..huk
Rumah orang Korea zaman Neolitik..:-)
Kitorang ni kat Malaysia beritga, kat Korea pun bertiga jugak..:-p
Pakai baju cam nak pergi kuliah je aku ni..ala, takde duit la nak beli baju-baju mahal..:-)
Kat sini banyak betul patung pelik-pelik, ni aku tengah korek bontot dia..haa~
Reserve belah kanan tu untuk yang tersayang...:-)
Kitorang siap nyanyi lagu Wawasan Setia Warga UiTM semalam, nampak tak cinta kami kat UiTM tu..huu
Lunchbox kami, berharga 5000 won, dalam box ni ada telur, kimchi dengan nasi. Cara nak makan, kena goncang-goncangkan box tu bagi semua isi dalam tu bercampur...Sedap jugak lah..:-)
Bajet nak jadi pembaca berita boleh tak?
Ada orang cakap muka aku cam si Jae Suk ni, tapi takde pun yang sama..huu
Lovers Passage, nak lalu jugak - tapi takde pasangan, huk. Hanya mampu melihat je..:-(
Dah pusing-pusing satu pulau, beli lah souvenir sikit untuk family dan Cik Mida..:-) Jangan buang pulak tau, barang ni dari Naminara Republic..
Menunggu kawan-kawan yang lain, enjoy nampaknya diorang kat sini.
Bersembang-sembang dengan our tourist guide, Mr Din pelajar Malaysia kat Korea ni. Banyak jugak ilmu aku dapat tentang culture rakyat Korea daripada dia..:-)
Dalam pukul 6.00 petang, kami meninggalkan Nami Island. Before balik kami sempat jugak mencatatkan nama kat area ni - nanti datang lagi boleh tunjuk kat anak bini, hehe
Amik train from Gapyeong dan balik ke Myeong-dong - malam semalam aku berehat je kat guesthouse. Kasut aku tembuk sikit, yelah dari Part 1 kot aku pakai kasut tu. Dah nampak dah tanda-tanda perlu tukar kasut, tapi tengok dululah kalau ada duit lebih nanti aku carilah sepasang.
So, itu lah diari untuk hari kedua aku kat Korea ni. Insyallah sekejap lagi aku cuba update perjalanan program hari ni. Teruskan membaca dan anyonghi haseyo semua!!
No comments:
Post a Comment