Assalamualaikum semua, pagi tadi berakhirnya PRU Malaysia yang ke 13 menyaksikan BN mengekalkan kuasa mereka sekaligus membentuk kerajaan persekutuan yang baru. So, semalam aku balik kampung sebab mak aku mengundi DUN Bota & Parlimen Parit - ayah aku pulak kat Sg.Buaya lah, Parlimen Hulu Selangor. Balik kampung memang terasa kehangatan pilihanraya, perang poster, bendera, dan replika-replika memenuhi setiap markas.
Lepas je ayah aku mengundi kitorang terus ke Perak, 2 jam perjalanan je. Sampai-sampai terus jumpa opah aku kat markas - orang kuat keris lah katakan, huu. Sampai aku pun join dia sekali ..:-) Pukul 5 pengundian ditamatkan
Malam tu pergi jap markas - saja nak join..huu. Tapi tak sampai habis pun, sebab ikut opah amik barang-barang sikit. Tengok tv je lah..haa, nampak tu klasik tak berkain pelikat sahaja bersama topi BN yang opah bagi ..hee. Disebabkan nak tau result, sampai pukul 2 pagi aku tunggu dan keputusannya - BN menang dengan simple majority. 10 negeri ditawan - Sarawak, Sabah, Kedah, Perlis, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Kelantan kekal ditangan PAS, DAP retain Penang, manakala Selangor ditangan PKR - eloklah, sorang satu..huu .
Ni Iman, anak makcik aku - nak dikatakan cerita malam keputusan tu dia ni susah nak tidur. Akupun tak sengaja mendendangkan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) yang menjadi lagu pembakar semangat ahli-ahli UMNO - uniknya, terus tertidur. Hari ni aku try lagi, and amazingly - Iman ni tidur pulak..huu. Nanti anak aku kalau nak bagi diorang tidur bagi dengar lagu ni je lah..haa
Antara koleksi-koleksi yang dapat dikutip sepanjang 2 hari dikampung. Ada topi, button badge, buku-buku, bendera Dacing, Sang Saka Bangsa dan juga yang paling penting untuk aku yang bergelar pelajar sains politik - sebuah buku yang mengandungi manifesto dan polisi Dato Seri Najib untuk penggal yang akan datang. Mulai hari ni, aku akan menilai pentadbirannya samada apa yang dijanjikan dapat ditepati - sebab pada PRU 14 insyallah aku akan mengundi buat kali pertama..huu
Anak muda bersama UMNO. Ayah aku dah la cakap aku kurang cerdik sokong UMNO, so what? Aku tak bising pun dia sokong PR. Hak menyokong parti bukanlah terletak pada tanggungjawab seorang bapa, ianya soal hak peribadi. Masing-masing berpegang pada idealogi yang berlainan.
Mengibarkan Sang Saka Bangsa sebelum bertolak pulang ke Selangor. Dah rasa macam Emilio Aguinaldo pulak dok kibar bendera "Three Stars & Sun" kat balkoni Aguinaldo's Mansion waktu declaration of The First Philippines Republic..:-p, hehe..aku ni dah terlebih belajar pasal Filipina ni..tu la pasal jadi camni..huu
Jadinya, itu je lah. Tahniah buat Barisan Nasional atas kemenangan , diharap dapat gunakan penggal yang akan datang sebagai platform untuk terus membantu rakyat, disamping membetulkan apa yang salah dimata rakyat selama ini. Aku pulak, since PRU dah habis - sekarang ni akan fokus dalam menganalisis polisi DSN dan juga berusaha dalam menyatukan PAS didalam BN. Amin
No comments:
Post a Comment