Friday, May 10, 2013

Kisah AKU n Executive Talk With Dr Chandra Muzaffar

Assalamualaikum semua, petang tadi aku menghadiri satu event bersama seorang tokoh yang tidak asing lagi didalam arena politik Malaysia. Event itu dinamakan "Executive Talk Bersama Dr Chandra Muzaffar" dan berlangsung di Bilik Seminar Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi pada pukul 2.45 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Tajuk yang disampaikan beliau ialah "Malaysia - Perpaduan Etnik Selepas PRU 13"
Aku dengan Joe masuk lewat sikit tadi, dalam pukul 3 - ingatkan tak dapat tempat kosong , rupa-rupanya ada 2 kerusi kat depan, nasib-nasib je..huu. MC untuk event ini ialah Saudara AmirFiqri, MPP FSPPP.
Rata-rata audience didalam bilik seminar ialah student Part 5 & 6 - ada la berapa kerat budak-budak Part 3 & 4 tadi. Menyibuk kan aku ni, bukanlah tajuk yang disampaikan memang tak dapat dilepaskan dan aku banyak dapat input yang berguna tentang situasi sosial dan politik negara kita ini. Antara topik yang disampaikan ialah penerangan tentang perpaduan etnik pra dan pasca merdeka, penerangan isu tentang salah faham Perkara 153, Kesan PRU13 dan haluan Wawasan 2020 dan juga kesan memandang isu dari sudut etnik.
Habis je ucapan penggulungan oleh Dekan FSPPP, Prof Zaliha Hj Hussin - event pun habis, tapi seperti yang dijangka, memang ramai jugak lecturer, professor dan juga academician FSPPP yang berjumpa personal, mungkin ada persoalan yang bermain di minda..:-) 
Bagi student, makanan free diutamakan..haa, takde lah kena bersangka baik - mungkin diorang ada kelas lepas event tadi, macam aku pun ada jugak kelas CSC pukul 5..rilek je masuk lambat..huu
Dr Chandra Muzaffar dan Datuk Yusof serta pegawai dari Yayasan 1Malaysia yang menganjurkan talk ini.
Joe dan Aiman, sempat lagi diskus pasal sponsorship. Risau jugak sebenarnya tentang program Aiman ni - bila dengar nak kena pakai duit sendiri tu yang payah..huk
Aku bersama Dr Chandra yang juga Pengerusi Yayasan 1Malaysia, sebuah badan NGO. Jangan tanya kenapa muka beliau camtu? tapi aku rasa sebab ada dua kamera tadi - satu henset aku, satu lagi Hisyam punya. So, masing-masing tak tau nak pandang mana..kii

Dah dapat snap pic, makan jap then terus masuk kelas CSC, ada presentation 2 group - minggu depan group aku pulak, satu apa tak buat lagi. Tapi dah janji kat Helmy, Pok Jad, Yat and Joe - Kita akan bagi a "wow" presentation untuk Pn. Hayati. :-)

No comments:

Post a Comment