Assalamualaikum semua, petang semalam selepas tepat sebulan aku tak turun green, tiba-tiba datang rasa rindu nak beraksi semula.
Bukan apa, semuanya gara-gara SUKOL lah, aku tak sangka betul kronisme memang dilatih sejak zaman belajar lagi. Korang bayangkan, aku bagi nama paling first kot hari tu - tapi tak pernah pun manager NR tu contact aku untuk selection - aku tak kisahlah kalau tak dapat kalau betul lah diorang memang layak tapi at least follow la prosedur dan ketelusan. Tak dapat pun takpe, janji aku puas hati proses tu aku sendiri rasa. Sudahnya, aku bawak diri lah , rasa macam malas gila nak turun. So, ianya pun berlarutan sampailah semalam
Saja je contact Pn. Haslah semalam, tanya khabar and condition green. Pastu dia tanya lah kenapa aku tak de time SUKOL. Aku pun cerita lah keadaan sebenar...huk. Then, puan ajak datang turun petang tu , try lawan dengan budak-budak koku. Aku pun mula-mula risau jugak, dah la lama tak main, buat pulak kena titik kaw-kaw dengan diorang..malu weyh, haa
Dalam pukul 5.30 aku sampai, terus main pairs. Aku dengan Din, lawan dengan Khairul and Hafiz. Dah la panggil aku abang, macam la jauh sangat beza umur tu, setahun je kot. Si Din tu sama umur dengan aku pun panggil aku abang..kah3x (maybe sebab aku Part 4 kot..huk). Tapi, surprisingly takde la teruk sangat aku main semalam, kami menang 15-3..kehkehkeh :-p
Dalam pukul 6.40, aku ingatkan diorang dah habis main. Tiba-tiba Pn. Haslah ajak lawan pulak..mampus aku beb, lawan atlet Komanwel tu..tapi ada jugak la rasa bangga, kii. Sama jugak main pairs, still partner dengan Din menentang Pn. Haslah yang bergandingan dengan Mr.X (haa, aku lupa nama dia). Game tamat pukul 7.30 petang dengan kami berjaya menewaskan mereka 5-3..haa, lifetime achivement? Takdelah, rasanya semalam puan tak unleash 100% permainan dia lagi tu, plus green pun macam agak tak rata.
Minggu depan diorang ajak turun kat Bayuemas, ala - aku kat Korea pulak time tu, rasa cam nak cancel je join diorang..huk, memikirkan tiket dah beli, sponsor pun dah berjaya cari - terpaksalah teruskan. Takpelah, puan cakap 6 Jun ni diorang pergi sana jugak..huu, boleh lah nak join. Tapi tak leh nak bawak bowls aku, sebab dah expired. :-(
No comments:
Post a Comment