Assalamualaikum semua, petang tadi berlangsungnya Majlis Anugerah Dekan FSPPP 2013 - sebuah event wajib fakulti bagi menghargai "brainer-brainer" fakulti kami ni - secara total terdapat 298 penerima anugerah dekan, peningkatan yang memberangsangkan terutamanya dari student part 1. Event ni berlangsung pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 6 petang, bertempat di Dewan Anjung Seri Budiman or Annexe Hall. So, tengoklah picture ni, dan perjalanan program ni dari perspektif kaca mata aku..huu
Semalam aku tidur pukul 4 pagi buat assignment - bangun Subuh pukul 7 pastu tidur balik..haa, pukul 10 aku sampai Annexe sebab hari tu diorang janji nak gerak kemas pukul 10 , tapi yang ada 2 orang ni je..:-)
Sekitar pukul 10.30 pagi.
Main FIFA jap..huu, dah takde orang - cenderahati, sijil pun tak sampai lagi. Apa je yang aku nak buat lagi kat sini sampai pukul 3.
Dalam pukul 11 barulah ada yang hantar barang-barang tugasan aku - oh lupa pulak untuk MAD kali ni, aku memegang jawatan Biro Cenderahati & Sijil.
Aiman bersama plak-plak untuk pelajar anugerah dekan, dah dia pun sama DL..congrats bro. :-)
Aku mampu pegang je, x pandai pun..huk
Alkisah, nak dijadikan cerita laptop fakulti yang Apai pinjam ada masalah sound. Aku yang kebetulan memang selalu backup dengan bawak lappy tiba-tiba diletakkan bersama Apai sebagai Biro Teknikal & Multimedia in exchange for Gamo untuk Biro Cenderahati & Sijil. Bukan apa, sebab laptop aku ni memang selalu dah tak betul, and of course hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam. Aku je yang tau nak solve problem laptop aku ni..huu
Si penyibuk..haa~ , kerja ko kat luar - nak jugak masuk dalam bilik sejuk yang berwayar ni.
2.20 petang - student mula memenuhi dewan.
Juruteknik SMF pada event hari ini..huu
So, cam biasalah dah jadi Biro Multimedia memang kenalah duduk dalam bilik ni, monitor pergerakan multimedia - rasanya aku ada cakap kot role Biro ni dulu? Alhamdulillah, hari ni sangat smooth and yang paling penting dapat jugak aku tayangkan video Jelajah Destini Anak Bangsa tu kat student2 DL. Agar diorang dapat gunakan kepandaian yang dikurniakan dengan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Makanan atas belas ihsan Faizah & Gamo..huu, tenkiyu korang, kalau tak kebuluran aku dalam bilik sejuk tu.
Dalam pukul 5.50, aku pun dah bersiap kemas and akhirnya keluar dari bilik tu..Untungla Joe, budak DL..haa :-p
Dah lama tak cakap kat rostrum - last rasanya waktu program Forum HPD tahun lepas..ahh, memory..:-)
Sesi mengemas - sebab by 6 memang kena clear dewan tu.
Short meeting untuk program Aiman before berangkat pulang.
Gambar penutup. Ok checklist program terdekat selepas ni - NR Road Tour (15.5.2013), Seikhlas Budi FSPPP (19.5.2013), Kemuncak Ilmu FSPPP Ke Korea (27.5.2013)
No comments:
Post a Comment