Assalamualaikum semua, anyong haseyo ~ haa, dah kenapa cakap Korea ni..ok lah, minggu ni be prepare untuk membaca diari perjalanan aku yang sekarang ni berada di Seoul, ibu negara Korea Selatan. Format blog ni kalau aku pergi vacation by day basis kan? Tapi, untuk Korea ni aku akan buat by location sebab gambar macam banyak je untuk sesuatu tempat tu.
Sebelum berangkat ke Kolej Melati, gambar diambil oleh Afiq di rumah sewa aku..si Joe ni tumpang rumah kitorang sebab beg dia banyak. :-)
Dalam pukul 8.30 malam, kami pun bertolak ke LCCT. Oh, terlupa pulak untuk program Kemuncak Ilmu FSPPP Ke Korea ni aku memegang jawatan Biro Tajaan. Alhamdulillah, berjaya jugak aku dapatkan sponsor dalam tempoh yang diberikan. Terima kasih kepada ayah dan juga company-company yang memberikan sponsor..
Pukul 10 malam, kami tiba di LCCT. Kami dijangka berlepas pada pukul 1 pagi dan tiba sekitar pukul 8 pagi waktu Korea.
Singgah makan sebentar di MarryBrown bersama Joe dan Pok Jad.
Sebab malas nak makan McD macam diorang ni..haa~
Time ni beg wat hal , terputus pulak sebelah. Belum apa-apa lagi dah putus..huk
Pukul 12.30, kami pun melepasi Imigresen dan tiba di balai berlepas sebelum memasuki pesawat Airbus Air Asia X.
Pukul 8.30 pagi, kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan selepas penerbangan yang boring gila selama 6 jam, tapi ada la sembang-sembang dengan amoi sikit, untungla pergi sampai 2 minggu.
Disambut oleh tourist guide kami yang merupakan student Malaysia yang belajar disini. Pandai betul diorang cari duit poket.
Menaiki bas yang disediakan untuk ke Guesthouse kami.
Cuaca memang nampak panas, tapi suhu memang dingin walaupun ni bukan musim winter. Dah lah aku bawak jaket SMF je, tak bawak sweater lain..:-(
Negara ni banyak betul jambatan, huu.. By the way, ni adalah Sungai Han. Sungai yang agak lebar jugak, teringat waktu tengok Running Man dengan along..huk
Siapa kata kat negara maju takde tol? Nak mansuhkan tol konon, cakap macam otak sempit..
Sedikit gambar downtown Seoul bagi menutupi entri yang pertama. Semoga bersabar menanti dan terus mengikuti diari seminggu aku di Korea Selatan.
No comments:
Post a Comment