Assalamualaikum, anyong haseyo! entri ni sambungan untuk aktivit kami lepas melawat SNU. Bas dalam universiti keluar meninggalkan SNU dan membawa kami Seoul National University Station. Perut pun terasa lapar, maklumlah nak cari makanan halal kat sini memanglah susah.
Adalah aku terbaca tadi kat SNU, kepesatan Korea Selatan dibantu oleh Sungai Han - tertanya-tanya jugak kenapa. Korang tau tak?
Akupun bukak la mobile phone dengan harapan ada wifi and amazingly boleh guna, huu..kalau kat Shah Alam, wifi Selangor ada tapi kena register segala bagai..huk
Serius kat sini sejuk gila, mengikut perkiraan aku lokasi Korea Selatan yang terletak diantara Russia di barat dan kutub utara yang membawa angin dingin menjadi punca kegigilan kami tadi..haa
Lepas bungkus pizza 8 kotak, kami pun bergerak ke Sungai Han. Bajet nak berpiknik la kat sana, tapi sayang hujan la plop..huk
63 Building, first tengok dalam cite MyGirl. :-p
Satu kotak kongsi 4 orang - so sorang dapat 2 slices. Since daging diragui kat sini, kami makan pizza sweet potato je..huu - balik Malaysia ni aku nak makan daging banyak-banyak..:-)
Ini lah Sungai Han - nadi penggerak kemajuan pesat Korea Selatan. Kenapa? Ianya dinamakan The Miracle of Han River oleh pakar ekonomi. Seperti yang kita tau Korea Selatan merupakan sebuah negara yang terjejas teruk akibat Perang Korea 1950. Sungai merupakan nadi penggerak sesebuah negara, sejarah telahpun membuktikan tamadun dibina berdekatan delta, sungai etc. Jadi, The Miracle of Han River ini sebenarnya menggambarkan post war development dari segi pertumbuhan ekonomi, industrialisasi, pendidikan dan juga technology achievement yang membawa Korea yang kita tahu sekarang ini.
En Zul dan Pn Tuan Nooriani berlatarbelakangkan Jambatan Banpo.
Kat sini pun menggigil jugak , sebab hujan renyai. Serius beku tangan aku tadi, dekat dengan sungai pulak tu..huu
On the way nak balik singgah beli susu pisang dulu..haa then terus ke guest house. Sampai je terus tidur sampai pukul 0800 malam waktu Korea..huu. Ok lah, itu jelah perjalanan aktiviti kami hari ni. Insyallah esok akan ada entri lagi yang menanti. Anyoghi gaseyo!!
No comments:
Post a Comment