Lagu ni, seperti apa yang kami faham - memang sebuah lagu yang berhantu. Bila dengar memang akan sayu je rasa hati - walaupun ketika itu tengah bergembira. Seperti apa yang berlaku ketika Perhimpunan Agung UMNO 2012 - dimana perwakilan yang bersidang semuanya sedang bergelak ketawa mendengar celoteh Saudara Arif Yasir Zulkafli - dipertengahan ucapannya, beliau mendendangkan lagu ni
Sidang perwakilan tiba-tiba bertukar menjadi sayu dengan tangisan perwakilan, mungkin mengenang betapa payahnya kami berjuang menyatukan bangsa ini tapi penuh dengan dugaan. Aku juga faham - perjuangan kami sedari penubuhan UMNO dalam usaha menentang Malayan Union - pada hemat aku, itulah kali pertama dan terakhir UMNO berjaya menyatukan bangsa Melayu , menentang Malayan Union yang dilihat sebagai menghina maruah Melayu di tanah asal mereka sendiri.
Pejuangan tidak terhenti disitu, kemerdekaan mesti dicapai untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berkat usaha para pemimpin, dan juga kontrak sosial yang diamalkan, kita berjaya merdeka. Golongan pra dan awal pasca merdeka sangat menghargai perjuangan parti ini. Sebab itu ramai yang berkata - "UMNO parti untuk orang tua - diorang padam, UMNO pun padamlah" . Tapi, mereka silap - ada juga sebilangan anak muda, generasi pelapis dan pengibar Sang Saka Bangsa terus menyokong perjuangan demi memastikan apa yang diperjuangkan dahulu masih diingati dan dipertahankan. Sudah tentu, kami dihina - oleh bangsa lain cauvinis DAP. Katanya kami rasis, tapi kami faham kontrak sosial yang menjadi sebab mengapa kemerdekaan masih lagi dikecapi. Bukan itu sahaja, kami juga dicerca oleh bangsa sendiri terutamanya ekstrimis PAS dan PKR - amanat pemimpin mereka yang meng'kafir'kan kami kerana berlainan fahaman - sangat mendukacitakan.
Akan tetapi, pada 12.5.2013 - saya Muhammad Farid B. Abd Gani berikrar akan terus menyokong perjuangan UMNO, terus mengibarkan Sang Saka Bangsa di bumi Malaysia ini kerana perjuangan ini sangat bermakna dalam meneruskan kelangsungan bangsa dan agama kita. Sebelum menggulungkan ucapan saya, hayatilah bait-bait lirik lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) ini. Semoga kamu sedar akan tanggungjawab membela perjuangan bangsa.
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara
p/s: Semua gambar except pic aku tu credit to google.
No comments:
Post a Comment