Assalamualaikum semua, hari keempat aku di Korea ni dipenuhi dengan main essence kami ke Korea ni, iaitu lawatan akademik ke Seoul National University. Kami di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi sinonim dengan pentadbiran awam dan juga menganalisa polisi. Jadi atas sebab itu kami memilih untuk melawat Graduate School of Public Administration (GSPA), berkongsi pandangan dan juga pengalaman serta mewujudkan hubungan persaudaraan yang baik diantara dua universiti.
Puan Tuan Nooriani, Timbalan Dekan FSPPP dan En. Zulkifli Baharud-din yang juga bekas Timbalan Dekan FSPPP bersama dengan tourist guide untuk hari ni.
Sebelum bergerak - huu, kena pakai baju korporat pulak. Rasa macam mantap tadi..hee
National University Station - penat weyh asyik naik subway je. Dah la pakai leather shoes hari-hari. :-(
Dihadapan bangunan International Center bersama rakan-rakan dari Malaysia.
Dalam universiti pun ada traffic light. Memang besar betul SNU ni..kalau kat UiTM letak traffic light confirm sesak punya sebab ramai student bawak kereta. Kata Din, kat Korea student tak boleh bawak kenderaan pun, semua naik public. Kat Malaysia je semua bajet cam orang kaya..:-)
Berada didalam Bilik Seminar GSPA, sesi dialog bersama student-student GSPA. Perkongsian ilmu tentang polisi-polisi yang telah dan on-going oleh kedua-dua negara. Seronok jugak dengar polisi-polisi yang membawa kepada kemajuan diorang tu..
Bukan dialog je, tapi ada jugak sesi berkenalan serta perkongsian pengalaman dan cara hidup diuniversiti.. Tak boleh blah betul video korporat UiTM tadi, sampai ada sorang student Korea tu cakap yang teknologi kita lagi canggih daripada diorang..huu
Ada cam student Korea tak? hehe
Selepas sesi dialog, kami dibawa melawat fakulti mereka. Ni gambar library, kecik je tapi padat jugak dengan buku-buku kat tingkat atas.
Taman kecil ditengah-tengah kampus. Aku rasa kat FSPPP pun kena wat style macam ni jugak, baru student semangat sikit nak study..:-)
Bilik study diorang, huu..ada compartment so that diorang boleh fokus and tak menyembang waktu tengah study.
Macam best je belajar kat Korea ni lepas grad BAS.
Overall, fakulti ni memang mantap..thumbs up sikit!! :-)
Lepas visit fakulti, kami dibawa untuk meneroka pusat-pusat tarikan dalam SNU. Bersama Abbas, Presiden SiMECTRA FSPPP.
Seni bina yang menarik, dengan pokok-pokok menghiasi jalan-jalan disekitar universiti.
Banyak landskap yang cantik-cantik kat sini. Rambang mata aku nak amik gambar..huu
En. Zul sekali pandang dari belakang dah macam lecturer kat SNU ni je..:-)
Pemandangan tasik yang dapat menenangkan hati student-student yang stress.
Kitorang ni "ekor", sebab dok kat hujung sekali nak jaga student-student daripada tertinggal atau tekeluar daripada kumpulan.
Berada di Pusat Pelajar, kat UiTM aku tak pasti kita ada ke tak tapi Pusat Pelajar ni ialah sebuah bangunan yang merangkumi bank, kafeteria, pusat kesihatan, kedai souvenir, mini mart dan juga bilik gerakan persatuan. Kita maybe ada tapi berpecah-pecah.
Sempat jugak beli souvenir tadi kat sini - yang paling penting souvenir untuk boss dah settle. Souvenir untuk family pun dah jugak :-)
Tunggu bas nak keluar dari SNU. Rasa macam kat UiTM pulak time takde motor waktu Part 1 dulu..huu
Bye-bye SNU, semoga bertemu lagi di masa hadapan. So, itu jelah aktiviti hampir sehari kami disini. Beruntung sangat dapat jadi pemimpin pelajar kat fakulti sendiri, dapat merasa peluang visit universiti luar negara..:-) So, kepada junior-junior silalah aktif ye kat fac tu.
No comments:
Post a Comment