Assalamualaikum,
Selamat datang ke entry penutup untuk Travelogue Thailand aku. Dalam entry ni suka aku nak share some area seperti perancangan kami bertiga untuk menjayakan vacation ini, sedikit tips or rule of thumb bagi sesiapa yang nak travel ke negara yang penuh adab ni and finally my humble comment mengenai rakan ASEAN kita ni. Jom tengok!
Our Planning:
Accommodation
Kami bukan backpackers, so memang tak prefer hostel walaupun murah. Dengan kawan-kawan yang memerut dalam toilet lama, diorang lagi prefer hotel yang ada toilet dalam bilik. So, nak tak nak memang kena cari hotel. As you can see in my travelogue, kat Hadyai our hotel is so-so, rasanya takde bintang langsung. But, the best thing is, we only paid 500 Baht for 1 night. Andaman House is a 3-star hotel, we paid approx. 3000 Baht for 3 nights and same thing goes to Phetpailin Krabi, around 3000 Baht for 3 nights with breakfast provided each days.
Transportation
Nak pergi Thailand ni, macam-macam jenis pengangkutan boleh guna. By flight boleh but a little bit costly. Untuk On The Road (OTR) pun categorized by using public transportation dan juga driving sendiri.
Untuk kami yang bujang, we prefer to OTR menggunakan public transportation, bas. Walaupun memakan masa yang agak panjang, but it's quite cheap dan kurang memenatkan since boleh tidur. Plus, kita berpeluang untuk enjoy the scenery dan berhenti di R&R yang ada sepanjang perjalanan ke destinasi. Tiket bas dari KL ke Hadyai, biasanya cost us below than RM 50.
Travelling between Hadyai - Krabi - Phuket, kami memilih untuk menaiki mini bus didalam kos kira-kira 300 Baht for Hadyai to Phuket, dan juga 150 Baht untuk Krabi to Phuket.
Sampai je destinasi, rather than menggunakan khidmat bas, teksi, motor sapu or tuk-tuk, kami memilih untuk menyewa motorsikal which cost us around 200 Baht per day, depending destinasi. Phuket lagi mahal than Krabi, while kat Hadyai jarang nampak servis sewa motor ni. Minyak motor untuk 3 hari biasanya dalam 100-120 Baht depending sejauh mana korang berjalan.
On to destinations, sediakan Waze supaya tak sesat and Alhamdulillah, we made it to all places yang kami tuju. Jangan malu bertanya kalau rasa tersesat, orang Thailand ni suka membantu and sangat ramah.
Food
Makanan kat Thailand ni unexpectedly memang agak costly. Contohnya kat Malaysia, boleh dapat Nasi Goreng Pattaya dalam RM 5, but kat Thailand Khao Pad Pattaya can rise up to 80 Baht per plate. Nasib lah kami ada beli stok makanan petang sebelum berangkat tu. Try to go for stall rather than restaurant, itu lesson learn yang kami dapat lah..huu. Sebab ada Khao Pad yang boleh dapat dalam 60 Baht kat stall.
Currency
Aku personally tukar RM 1000, iaitu dalam 8600 Baht. Ini lah yang aku guna sepanjang vacation 9 hari aku with addition of RM 500 (4300 Baht) yang ditukar kat CIMB Thai. So, I proudly can say with RM 1500, dapat jugak travel 3 tempat walaupun balik memang tinggal RM50 dalam wallet..huu. Dengan duit yang ada, kami bayar accommodation, transportation, foods, travel package dan juga bring a lot of souvenirs. Just ingat, spend it wisely. Haa, jangan lupa pulak bukak temporary International Account untuk bank korang. As for me, CIMB Malaysia memang affiliate dengan CIMB Thai, so every transaction tak kena bank charges pun.
Communication
Yang paling penting kat sini ialah Sim Kad Thailand. Kami menggunakan rangkaian AIS, with 100 Baht kita akan dapat unlimited data selama seminggu dan juga rangkaian aktif untuk buat call luar negara. Topup jangan risau, kat 7E biasa ada mesin kaler oren. Senang digunakan even korang tak faham Thailand. Kalau stay more than seminggu, boleh tambah data internet with 20 Baht for 200 MB. Bila dah ada simkad senang sikit nak berjalan, kalau berpecah pun still boleh communicate.
Now let's go to the rule of thumbs yang perlu korang tahu.
Communication with Thais
Don't ever tinggikan suara walaupun korang tengah marah. That's consider as biadap kat sana and show your incapability to control your anger. Sebab tu kalau korang perasan suara orang Thai ni soft je even orang tu lelaki.
Thais greet among themselves and foreigner with "Wai", dimana telapak tangan kita pressed together macam orang India tengah sembahyang. It's a part of cultural edicts di Thailand as a form of respect. Tak percaya? Try buat kat orang Thailand and see the differences. Time berjalan-jalan kat National Park hari tu, aku buat "Wai" kat cleaner yang bersihkan trek. Time dia reply, aku nampak honesty dimuka orang tu tanda dia tahu ada orang respek kerja dia. Yang paling terharu, kat Klong Hae Floating Market, ada beggar kat tepi jambatan and at the same time I've a lot of coins, maybe dalam 70 Baht. Aku bagi lah semua coin yang aku ada time tu, dia "Wai" aku sampai nak cium kaki beb!
Punctuality
Kita tahu kat Malaysia ni ada term "Janji Melayu" and this doesn't apply kat Thailand. Bila janji pukul 11, make sure pukul 11 lah korang dah ada kat situ. Macam Khun Chut yang aku cakap hari tu, aku call dia minta amik kat lobby pukul 11. Bila kami turun pukul 11.05, dia dah ada kat situ siap duduk baca newspaper lagi. Situasi 2, janji dengan Tuk-Tuk yang amik kami kat Floating Market pukul 5 petang, dia sendiri cakap 4.55 dia datang. Pukul 4.45 aku tercepat pulak sampai tempat parking, tengok dia dah sampai tengah bersembang dengan kawan dia.
Discipline
Bila tempat tu kawasan larangan merokok, don't ever keluarkan kotak rokok or vape or segala jadah haram benda tu. Kat Malaysia mungkin kita selamba je merokok dalam premis restaurant tanpa fikir customer lain yang nak makan, but here - diorang akan tengok korang sebagai seorang yang takde adab. So, kita tak nak lah benda-benda macam ni jadi. Kalau diorang tak tau kita ni Malaysian takpelah, tak lah tercemar sangat nama negara kita yang memang dah polluted tu..huu. Malam New Year tu aku perasan a group of mat motor berplat Malaysia berpreng-preng kat jalan Krabi. Aku pun tak tau apa lah faedah diorang buat samseng kat negara orang ni, karang tak pasal-pasal ada yang kena tembak..haha
And finally, apa yang best pasal Thailand ni?
Penduduk yang ramah. Walaupun tak berapa mahir dalam English but at least they did show some effort to help us. Guna kalkulator untuk bargain, sampai melukis semata-mata nak bagi clear pictures and banyak lagi lah.
Good governance & administration. One thing yang aku impress kat Thailand ni ialah on how the government care their people. Jalan berkilat and cantik, takde sampah and lubang langsung. Malam-malam takde dengar bunyi mat motor merempit or kereta berlumba walaupun hotel kami sebelah jalan besar. Time on the way nak balik, Police Director sendiri yang naik atas bas mengingatkan penumpang untuk pakai seat belt. Roadblock terang, and saman yang boleh ditarik balik on the spot rather than settle kat balai. I personally think, ini yang membuatkan rakyat diorang macam happy je walaupun gaji tak sebesar apa yang rakyat Malaysia dapat monthly. Why, sebab this government tak menindas population dengan beban yang pelbagai macam. Something yang Malaysia lacking. Gaji tinggi pun, tapi bayar tu bayar ni. Sama je.
Good Food. Haha, ni paling best. Sepanjang aku bercuti kat Thailand ni bermacam jenis makanan Thailand aku dah rasa and seriously, memang sedap tak terkata..:-)
Kawan-kawan, that's the summary for my Travelogue Thailand and with that, I'm proud to close my travel journal for 2015 and looking forward to visit many more countries 2016 onward and of course, Indonesia will be my top of the list for this year..huhu
No comments:
Post a Comment