Assalamualaikum,
Pejam celik pejam celik dah seminggu aku bercuti kat Thailand. So far memang enjoy walaupun sedar yang kami hanya ada 3 hari je lagi di negara Gajah Putih ni.
Pagi tu turn aku breakfast dengan Afiq. After that kami ke Terminal Krabi, boleh pulak terlupa nak beli tiket bas..haha. Before pulang ke hotel, kami sempat singgah ke Wat Thumsua, sebuah kuil Buddha yang terletak di Krabi's outskirt.
Around 12PM, kami bertiga meneruskan perjalanan kami dengan melawat Khao Phanom Bencha National Park, yang terletak kira-kira 25 KM dari pusat bandar Krabi.
Afiq and Dolah di pintu masuk National Park yang ke 40 di Thailand ni..:-)
Di kawasan seluas 50 KM persegi ni, ada dua waterfall yang terkenal iaitu the 3 cascade's Huai Sade Falls dan juga the 7 cascade's Huai To Falls yang setinggi 80 meter.
Nak panjat Huai To Falls bukan mudah, lagi-lagi untuk kami yang tak ada equipment yang proper untuk mendaki. Berbekalkan hanya selipar getah, dan air Coke sorang satu. Kami pun nekad untuk memanjat bukit tu..:-)
This is the Huai Sade Falls, ramai orang stop mandi kat sini. But being Malaysian, apa lah sangat nak redah bukit macam ni..haha, angkuh gila..lol
Ni cascade keenam. Kami stop sampai sini je, since Dolah dah tak larat nak hiking. Kan hari tu dia jatuh tangga dalam Cruise, so ada effect sikit kaki dia.
Muka bangga menawan a part of Huai To, walaupun dengan selipar. Geleng kepala renjer hutan tu tengok kitorang..haha
Sejuk beb air kat sini. Korang abaikan kapel Siam yang tengah beromen belakang tu..hee
Sejenis entiti menyerupai manusia dikesan..haha
Memang tip top lah pengalaman hari ketujuh ni. Dapat melihat keindahan flora dan fauna yang ada kat bumi Thailand ni. Rindu pulak rasanya nak ke Gabai dengan Tekala, lama dah tak pergi..:-)
Malam tu sekitar jam 9, kami bergerak mengharungi jalan yang gelap untuk menyambut tahun baru di Ao Nang.
Sampai-sampai je kami terus berpecah mengikut cita rasa masing-masing. Aku memilih untuk berjalan-jalan di sekitar night market dan juga fun fair yang disediakan untuk pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan.:-)
Sambung merayau di kedai-kedai berhadapan Pantai Ao Nang. Kat sini lah aku ternampak dark side pantai ni. Tengah berjalan, tiba-tiba ternampak satu lorong. Curios to know, aku pun masuk and guess what, lorong tu membawa aku ke satu kawasan yang dinamakan Sentral Point yang menempatkan premis-premis maksiat macam apa yang aku nampak kat Patong. Cepat-cepat aku keluar..:-)
Keluar je aku terus turun ke pantai dan berpeluang melihat pengunjung yang melepaskan lantern ke udara. Kata local kat sini, this is an offering for the God untuk tahun yang lebih baik.
Selfie dulu sementara menunggu countdown to New Year 2016. Jam menunjukkan detik 12 tengah malam dan serentak dengan itu, percikan bunga api pelbagai pattern dan warna memenuhi ruang angkasa Krabi.
Dalam pukul 12.30, baru nampak batang hidung budak-budak ni. Tah mana lesapnya, nasib baik lah aku agak terleka dengan suasana sambutan kat sini. So, takde lah rasa lost sangat..:-)Kami bertiga pulang ke Krabi Town kira-kira pukul 1 pagi. Trafik sesak di sekitar pantai-pantai terutamanya di Ao Nang.
Singgah pekena teh tarik dulu di Krabi Square before menuju pulang ke Phetpailin Hotel.
Entri seterusnya, cuti dah nak habis bro..wuu~
No comments:
Post a Comment