Assalamualaikum
Minggu ni start kerja balik. Memang lemau masuk kerja Isnin hari tu, mood bercuti tak hilang lagi beb! Still terngiang-ngiang Thailand dalam kepala otak aku ni..haha
Rutin yang sama, cuma bezanya kat sini agak rileks dan teratur sikit..;-)
Nak bercukur pun tak sempat. Sudahnya datang office dengan muka tak bershave. Tu kalau lama sikit dah bercantum jambang dengan sideburn aku..haha
Meredah jem semula. Nasib lah kerja Wangsa Maju, habis-habis sesak pun kat Tol Duta ni. Keluar office pukul 6, sampai rumah before pukul 7. Ada lah masa buat exercise sikit..;-)
Jumaat lepas, habis je kerja terus shoot ke Nilai. Amik adik aku kat sana, dia dah start cuti semester. Berkongsi katil lah buat masa sebulan dua ni..huu
Meredah kesesakan from Wangsa Maju to Nilai. Dah expect pun sebenarnya..:-)
"Dan kasih saudara, masa berada..berkorban raga, rela binasa. Berkorban nyawa tanda kasihnya.."
Lagu Jamal Abdillah sikit, nampak tak kasih abang tu. Berkorban masa dan tenaga, datang amik jugak walaupun letih kerja tak hilang lagi.Sabtu - Seawal pukul 7 pagi dah bangun. Kami sekeluarga pulang ke Perak untuk majlis tahlil buat arwah atuk di Parit.
Singgah breakfast di R&R Tapah. Pekena Nasi Lemak Pak Tam yang marvelous!
Selfie bersama adik beradik tersayang..:-)
Sampai kira-kira pukul 11 pagi. Ngantuk tak hilang since melepak dengan Brotherhood sampai pukul 4 pagi malam hari Jumaat tu..haha
Dah nak bertunang akak aku sorang ni. Siapa-siapa free datang lah majlis pertunangan dia pada 13 Februari ni..:-)
Majlis bermula jam 12 dan berakhir sekitar 2 petang. Ramai jugak yang datang hari tu.
Pulang ke kampung belah ibu di Bota Kanan. Sambung tidur dari pukul 4 sampai nak ke Maghrib. Malam tu takde buat apapun, sambung berehat je. Kalau kerja kat company lama mau tengah buat research sekarang..haha
Ahad - Pulang ke Rawang around 10 pagi. Cantik tak baju Muangthong United ni, aku beli kat Krabi hari tu. Rare kan pakai jersi Thailand Premier League ni..:-pSelfie for a while, tunggu diorang ke Pasar Kemboja kat Pekan Bota. Pukul 11.30 pagi jugak baru bergerak, sampai rumah pukul 1.30 petang.
Nothing much happened minggu ni. Still in a process of shifting my mood from holiday mode to work-machine. Deals pun slow, but In Sha Allah it will comes. Amin.
No comments:
Post a Comment