Monday, January 4, 2016

Kisah AKU n Travelogue Thailand - Day 6

Assalamualaikum,

Hari kedua kami di Krabi banyak dihabiskan dengan aktiviti tepi pantai. Seperti yang kita semua tahu, Krabi ada 15 pantai yang terletak di pesisiran menghadap Laut Andaman dan semuanya cantik-cantik belaka. But sepanjang kami berada disini, ada 3 pantai je yang betul-betul kitorang singgah.
Sarapan pagi di hotel before memulakan hari kami di Krabi.
Perjalanan from Krabi Town ke kawasan pantai mengambil masa kira-kira setengah jam merentasi jalan kampung dan highway sepanjang 16 to 22 KM. Thanks to our scooters, kami mampu untuk cover area sebanyak ni, kalau pergi dengan ajen memang tak dapat lah..:-)
Destinasi pertama ialah Pantai Ao Nang, pantai yang paling maju dan cantik sekali diantara pantai-pantai yang ada kat Krabi ni.
Kat sini ada nightclubs, taverns, bars, souvenir shops, mini mart, hotels, restaurants dan segala fasiliti lain lagi. And one more thing, seperti Phuket, nightlife di Ao Nang pun boleh tahan dasyhat. Next entry aku cerita okay.
Helmet aku ni unik sikit, sebab aku pakai topi kat dalam. Boleh lah buat lindung dari matahari sikit..:-)
Kat Ao Nang ni memang banyak pelancong terutamanya from Eropah dan Amerika yang berjemur kat sini. Contoh macam kat belakang tu..:-p
Sedikit gambar pemandangan di Pantai Ao Nang berlatarbelakangkan Pulau Phi Phi.
Our next activity ialah berpiknik di Pantai Noppharat Thara. Cari port baik bawah pokok sambil ditemani bayu Laut Andaman.
Lepak bawah pokok pun rasa berbahang lagi kat sini..:-)
Sebenarnya niat hati nak berendam tapi cuaca panas sangat, takut burn gila nanti. Sudahnya tidur je lah..huu
Panas betul kat sini, boleh dehydrate aku kalau duduk lama-lama.
Jom balik Phuket! Haha, tak payah nak buat kerja gila. Yang 20 KM ni pun dah sengal bontot, apatah lagi beratus-ratus KM..huu
Had our dinner di Restoran Abdullah Halal Food di Krabi Town.
With a lot of cash ditangan, kami pun menuju ke night market yang sama untuk sesi membeli belah..haha
Night market ni is a must untuk siapa yang berkunjung ke Krabi. A lot of barang-barang boleh dapat kat sini dengan harga yang affordable. 
Tu diaa, shopping tak ingat dunia. Tak tau lagi yang kat Hadyai ada yang jauh lagi murah. Baru menyesal..haha

Next entry - Kehijauan Krabi dan The Dark Side of Krabi. Teruskan membaca hanya di diarimcbride.blogspot.com!

No comments:

Post a Comment