Monday, January 4, 2016

Kisah AKU n Travelogue Thailand - Day 9

Assalamualaikum,
This is the ninth entry of my Travelogue at Thailand. Sedih bila tahu hari kesembilan ni merupakan our last day kat sini. But, apa-apapun jemputlah selak aktiviti yang aku dan kawan-kawan buat kat Hadyai untuk hari terakhir ni.
Terus check out from hotel dalam jam 11 pagi. Simpan our baggage kat Davis Tour before sambung merayau dengan tujuan menghabiskan Baht yang ada dalam wallet..:-p 
At the center of the town, ada 3 shopping centres and we hit all of this malls dalam masa 2 jam. Yang pertama Odean Mall, then beralih ke Central Hatyai and finally the luxurious Lee Garden Plaza. 
Datang sini bukan nak beli apa pun. Cuma nak lepak dalam aircond, since cuaca kat luar terik gila..:-p
Snapped this good picture with the national flag of Thailand, di hadapan Lee Garden Plaza.
Singgah minum, kat restoran ni kami diambil oleh seorang Uncle yang membawa kami ke floating market dibandar ini.
Klong Hae Floating Market ni terletak di Klong Hae, jauh jugak from Hadyai City. Kira-kira 20 minit perjalanan menaiki tuk-tuk. Kos pergi balik mungkin around 500-600 Baht.
Kat sini macam tipikal pasar malam or night market but apa yang membuatkan market ni unik ialah..
Benda ni lah. Dapat berjual beli dengan vendors from sampan yang terapung di terusan ni. That's why lah nama dia floating market..:-)
Dari jauh nampak macam kapal perang tengah berlabuh pulak..huu
Along the canal, ada tempat makan yang direka berunsurkan seni bina tradisional Thailand, mungkin era Sukhotai or Ayudyha. Pandai-pandai je petik, haha..hidup kena konfiden..:-p
Ada variety of Thai cuisine, seperti sotong bakar. Apa yang aku perhati, kebanyakkan peniaga kat sini beragama Islam. So, untuk siapa-siapa yang singgah sini, jangan risau. Dijamin Halal!
Memang terik, walaupun dah pukul 5 petang. Sampai mata pun tak boleh bukak tu..huu
Selain makanan, kat sini ada dijual kraftangan Thailand notably from Chiang Mai Province. Contohnya, songket Thailand yang aku tengah pegang tu. But, since duit pun tak banyak tinggal. Dapat beli untuk mak and hadiah sempena pertunangan Along je..:-)
Jersi, pakaian memang tak payah cakap lah. Memang berlambak kat sini. Just bargain, tu je tips yang aku nak bagi.
Bergambar dulu. Swag tak? haha, shit.
Around 6PM, we had last dinner for our journey di Thailand di stall Nasi Lemak yang kitorang makan time hari pertama disini. 
Pukul 7 petang, bas meninggalkan Bandar Hadyai dengan bermacam kenangan suka dan duka kami bertiga di Thailand ni. Sedih..sobs
Melepasi sekatan Imigresen Kerajaan Malaysia di Sadao. Muka tak boleh terima kenyataan tu yang dah berpijak kat tanah Malaysia..huu. Perjalanan 9 jam kami berakhir kira-kira jam 4.30 pagi apabila bas menurunkan kami di R&R Rawang. Sampai je sana, ayah Afiq dah standby tunggu untuk hantar kami pulang ke rumah masing-masing, thus effectively ended our 9 days vacation di Thailand. Pop Kan Mai Krab, Thailand!

So guys, maka berakhirlah 9 entries untuk Travelogue Thailand aku. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca pengalamanku berada kat tanah orang ni. Untuk sesiapa yang nak ke Thailand, I recommend you guys to learn some basic on Thai's culture, language dan juga history. Diorang suka kalau kita tahu pasal negara diorang ni. Ohh by the way, seperti yang dijanjikan - ada one last entry summary berkaitan travelogue ni. Basically, it will cover aspek seperti our planning, cost, rule of thumb dan juga my special and warm commentary about Thailand.

No comments:

Post a Comment