Assalamualaikum,
Dah masuk hari keempat untuk travelogue aku ke Thailand. Hari keempat ni masa kami banyak terluang untuk aktiviti laut di Phuket ni.
Seawal pukul 8 pagi, kami diambil oleh ajen from our hotel to Pier. Disana, kami akan menaiki cruise yang akan membawa kami untuk island sightseeing, snorkeling, lunch dan berlabuh di Phi Phi.
Pinjam shades Afiq. Sekali sekala perasan macam James Bond..huu
Kesian Dolah mabuk laut. Sampai muntah-muntah dia hari tu. Yang tak boleh belah jatuh tangga depan orang ramai..;-p
Sight seeing selama hampir 1 jam di gugusan pulau-pulau sekitar Phuket. Cantik pemandangan kat sini..:-)
Singgah dek atas sekejap, tengok apa ada kat sini..
Dek atas ni penuh dengan mat saleh berjemur je. Good view, bak kata Afiq..haha
Baru terjaga si Dolah ni. Tengko muka macam merana betul dia hari tu dalam cruise ni..huu
Snorkeling berhampiran Phi Phi. Ombak kuat hari tu, beralun air laut. Buat pulak span jacket aku terkeluar sikit, huru hara berenang ke feri..haha
After completing our snorkeling di Phuket. Accomplished!
Cruise kami berlabuh di Phi Phi Pier. Phi Phi merupakan pulau terbesar diantara gugusan pulau yang ada sekitar Phuket. Majoriti penduduk kat sini ialah Muslim yang asalnya from orang laut yang membuka penempatan disekitar pulau ni dalam tahun 1940.
Selfie selagi mampu..:-)
As a part of the package offered, kami berpeluang menikmati makan tengah hari di Hotel Pacific di pulau ini. Memang puas hati beb makan, plus bila tahu this guys ada sijil halal..:-)
Bersiar-siar disekitar pulau since ada setengah jam lagi before cruise sambung berlayar.
Long Tail Boat, one of the medium of transportation here.
Menuju pulang ke Phuket Pier dan sampai sekitar pukul 5 PM.
That night we had our dinner kat restoran makanan halal berdekatan Masjid Phuket. Harga makanan kat sini tak berapa nak murah sangat as compare to Krabi and Hadyai.
Menghabiskan malam terakhir kami di Patong City.
Singgah Paradise Inn, cari souvenir Phuket. Kat sini kena pandai bargain, kalau korang angguk je memang diorang tetak korang cukup-cukup..huu
Nasib lah bila ada pengalaman kerja sales ni buat aku comfortable bila bab bargaining ni. Thanks to my bosses lah yang ajar teknik-teknik ni..:-)
Ronda Bangla Road untuk kali terakhir..hahaTaking good picture with the iconic Patong Arch. I was there and dah tengok segala maksiat yang ada kat sana..:-p
Dan esoknya kami meneruskan our journey menjelajah Thailand dan bertolak ke Krabi. Stay tuned here for more exciting stories!
No comments:
Post a Comment