Assalamualaikum,
Eh, ada pulak update blog tengah-tengah minggu ni. Ingatkan dah jadi rutin update hari Ahad je..huu. Takde lah, kalau ada story lebih, boleh lah nak update. Kalau takde tu faham-faham je lah. Okay, entry malam ni simple saja.
Hari ni kat office berjalan seperti biasa. Ada some potential delegates untuk event HR but time agak crucial since our boss letak this Friday as due date. Risau beb, event bukan tak jalan. Ada je delegates, tapi our trainer insist untuk confirmkan his participation by the end of this week..:-(
Shortly after working hour, aku dan 3 of my colleagues terus bergegas ke Ampang Jaya untuk our planned dinner di restoran yang selalu viral dalam media sosial - Me'nate Steak Hub. Famous dengan pelbagai jenis steak dan range of western foods, restoran ni jugak terkena tempias media sosial apabila Diva Azwan Ali openly maki the food, dan juga the latest one - stik Jepun berharga RM 19K!
Our main course untuk dinner tadi. Semuanya berharga kira-kira RM 200.00. Takde lah mahal sangat sampai beribu riban, kira affordable jugaklah nak bersantap kat sini. But, it depends kat jenis daging yang korang amik, memang ada je aku nampak tadi daging yang harga seribu..huu
Uniknya dinner tadi. Kami semua merupakan ex-Trueventus kat company ni. Dari kiri, Hazeem, Min dan Kak Ernie.
and guess who's with us tadi. Introducing my ex-boss, Abg Lan. Rumah dia dekat-dekat sini jugak so kami invite sekali untuk dinner ex-Trueventus ni..haha.Kekenyangan yang tak terkata..huu
Around 7.30 PM, kami dismissed. Aku hantar Kak Ernie ke rumah mak dia kat Wangsa Maju and then terus memecut pulang ke Sungai Buaya. Takut sesat punya pasal, bukak GPS tu. Bukan apa, pernah ada sejarah sesat kat KL ni..haha
Muka mengantuk dah tu. Tapi kuat jugak bersengkang mata nak update blog ni.:-)
Okay lah, itu saja cerita malam ni. Aku nak main The Sims 3 jap, In Sha Allah berjumpa lagi hujung minggu ni. Till then, take care all!
Okay lah, itu saja cerita malam ni. Aku nak main The Sims 3 jap, In Sha Allah berjumpa lagi hujung minggu ni. Till then, take care all!
No comments:
Post a Comment