Monday, August 22, 2011

Kisah AKU, Law n Chinese Girl?

Minggu lepas, ketika melayan facebook yang bikin kepala otak jadi biru - aku dikejutkan dengan satu message from anonymous, takut jugak kalau-kalau ia sejenis virus baru. Ku baca message itu dengan tenang, siapakah ini? hatiku bertanya. Aku menghela nafas yang panjang selepas membaca message itu - ingat lagi ke aku benda-benda pelik ni?
p/s: identiti amoi ni dirahsiakan..

Hatiku berbelah bagi, nak reply ke message amoi ni..and finally i made one solid decision - "Jom Farid, apa salahnya try bantu sahabat Malaysia kau ni"

Mari kita sesame lihat soalan amoi ni...waah, it's tort - subjek favourite jugak selepas criminal law.. Tanpa mengetahui mesej seterusnya, aku terus agreed untuk tolong but suddenly, she said 10 pages for both issues - "my goodness, aku pun tak pernah buat sebanyak ni" .

Aku pun cakaplah yang aku maybe boleh tolong but bagi aku masa sikit sebab kebanyakan fact, theory and kes dah hilang dalam kepala otak aku, maybe sebab kekecewaan tak dapat sambung law hari tu..

at the end of the day, amoi ni wish good night kat aku but selepas itu aku mendapat mesej yang bagi aku agak mengejutkan

tadaa!!

aku terkesima - adoilah, jelas dan nyata sangat ke??

Pergh, aku bukan apa - bila aku cakap kat family aku, diorang tak percaya, cakap kat kawan-kawan aku pulak - 50-50, bila cakap kat kakak aku, jealous habis dia dengar. So, buat mereka yang tak boleh terima fakta ni bila aku inform kat korang dulu, sila jangan cemburu dengan saya..hu3x

keesokan paginya, di office aku memulakan misi mencari jawapan bagi kesulitan yang dialami amoi tu, memang happy bila dapat revise balik subjek law ni - teringat jugak waktu semester 2, budak-budak group aku tak terima skrip jawapan aku sedangkan aku dah penat gila buat, at the end aku just dapat 20 out of 40 untuk markah assignment, task...surprisingly, untuk paper itu aku berjaya dapat B+, memang diluar jangkaan aku..

setelah siap, ingatkan nak hantar e-mel tapi bos suruh aku dengan Shaz pergi Bazaar Ramadhan Kg. Baru, beli some foods untuk iftar kami, so - sampai je rumah pukul 11 malam, aku terus bukak fb then straightly sent my answer script to my very first "client"..hu3x. One more thing, apa yang uniknya kali ini, aku dikehendaki menjawab soalan amoi ini berdasarkan UK legal system not malaysian legal system - sesuatu yang baru untuk aku.

kalau saya tahu, saya try tolong..ok

p/s: Cina tanya melayu - memang pelik sebab jarang, but it's okay. Hidup Gagasan 1 Malaysia

2 comments: