Friday, February 15, 2013

Kisah AKU n Exam Result Pt 3

Assalamualaikum semua, seperti yang korang tau hari ni semua student UiTM yang berada di peringkat ijazah sarjana muda dah pun dapat check exam result.  Unlike semester yang lepas-lepas, aku akan bukak dan check awal-awal pagi, ada time tu sampai tak tidur but kali ni, pukul 11 pagi baru aku check..kii, nampak sangat malas pun.. Objektif utama aku kali ni, lulus semua dan pointer didalam range 3.00-3.10.
Orait, ni lah result aku. Sekali lagi nak cakap memang ianya menurun dan kali ni nampaknya nampak agak kritikal jurang tu. Mesti ada yang cakap : "Poyoz, result cukup makan pun nak buat entri..lain la DL ke, apa ke.." Jawapan aku senang je - Suka hati lah.

Baiklah, jom kita ke summary. Seperti biasa, aku akan sediakan rujukan berkaitan Exam Pt. 3 ni..
a) Exam Result Pt.2
b) Target

Subjek menepati sasaran (between the range of "at most" and "at least")
1) ADS 510 - A, orang kata paper ni susah but aku memang suka paper ni, harap dapat jumpa lagi subjek yang macam ni
2) LAW 503 - B sahaja, sebenarnya aku pun dah rasa malas nak hadap sebarang paper yang berunsurkan law lagi..hii
3) CTU 553 - A, probably paper yang paling hipokrit aku pernah jawab, siapa yang amik paper ni or siapa-siapa yang classmate dengan aku diorang tau lah kenapa..hehe
4) HPD 232 - A, pasni dah takde koku..huu, seronoknya saya. Tapi koku tak pernah pun gagal bagi A kat aku sejak semester pertama.
5) BJP 401 - B+, first time aku amik Third Language, so takkan lah nak terus target A kot.

Subjek yang keluar dari sasaran
1) ADM 551 - C+, memang mengejutkan betul sebab aku target dalam range B ke B+. Tapi bila difikirkan yang aku kan failed midterm paper hari tu, sometimes logik jugak.
2) PRO 458 -  B-, tak tau nak cakap apa kat paper ni, sebab aku pun tak tau kat mana silapnya..huk
3) BEL 462 - B - yang ni sebenarnya aku takde target pun, saja nak letak terkeluar..:-p

Subjek yang membuat kejutan
1) ACC 280 - B-, huh..memang paper yang membuat kejutan dan aku rasa menyelamatkan pointer aku daripada jatuh teruk. Tak dinafikan, aku target C untuk paper ni, sebab korang pun tau yang aku hate mengira to death..huk. Plus, aku failed 2 test, 2 quizzes sebab time constaint hari tu. Apa-apapun tenkiyu Sir!!

In conclusion - aku berpuas hati sebab result yang dikeluarkan ni mencapai objektif aku iaitu pass semua subjek dan juga ada subjek yang berada didalam range yang favorable. Well, bila dah blend dengan macam-macam benda kat UiTM waktu semester 3 wajarlah untuk aku menjadi lebih realistik kan, nothing to worry la..still got time maa~ Bila nampak takde paper yang nak kena repeat, bolehlah aku main bowls sampai lebam nanti..hii

7 comments:

  1. tahniah.. sy part2 (BCA) failed 2 paper.. :( accounting 2 ngan statistic.. rasa down sgt nk naik part3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiyu. kpd awk jgn patah smgt truskn usaha utk part 3, minx nasihat drp advisor awk. dia tau stdy plan yg t'baik utk awak

      Delete
  2. salam nak mintak nasihat untuk subjek international relation, sy bulan mac ni part 3...so dilema sangat nak pilih subjek elektif,whether malaysian premiership studies(mps) or international relation...fyi, sy xpernah dapat a apa2 subjek pun sepanjang sem 1 dan 2. jd agak takut untuk ambik risiko subjek ni...tp agak berminat la jugak dgn subjek ni...nak try mps dah ramai,majority dak klas sy ambik subjek tu...jd untuk mengelakkan klise, :P ingat nk try IR....would u mind to compare subjek mps(msian premiership studies) with IR? adakah subjek mps senang nak score because of scope subjek tu yg fokus within msia shj? thank you for your reply :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://diarimcbride.blogspot.com/2013/02/kisah-aku-n-ads-510-international.html

      sy dah buat review tntg sbjek IR kt link ats ni. utk sbjek MPS sy x psti la tp rsanya ia b'kaitan dgn sstem pntadbiran d'dalam negara kita.

      Delete
  3. salam , saya pelajar semester 2 BCA dan akan naik ke semester 3 pada sept nanti. sekadar ingin bertanya tentang third language. saya berminat nak ambil bahasa jepun dan ingin tahu tentang apa yang di ajar dan perkara berkaitan dgnnya. sebab sebenarnya masih berfikir utk ambil bahasa apa semester depan. will really appreciate your reply . thank you :)

    ReplyDelete