Assalamualaikum semua, hari ni apa kata kita renungkan tajuk entri aku tu. Bercerita tentang tuah, peluang dan nasib. Bagi aku, tiga-tiga benda ni ada kaitannya. Kat dunia yang kita duduk sekarang ni, tiga benda nilah yang selalu berputar-putar dalam arus kehidupan kita. Bila kita mengharapkan sesuatu, kita mungkin berpeluang untuk dapatkannya, atau mungkin takde peluang itu. Dan peluang pula mungkin hadir dalam dua keadaan nasib dan tuah. Ada kala kita dapat suatu itu sebab kita bertuah dan berhak untuk dapatkan, sometimes cuma bernasib baik.
Ahad lepas waktu hantar adik aku, ketika asyik memerhati budak-budak SBP kat sekolah adik dia tu, aku berfikir mereka ni sebenanya golongan yang sangat bertuah. Ada yang masuk dari Form 1 macam adik aku tu, tengok-tengok sekarang dah jadi senior. Ada pulak yang masuk waktu Form 4. Sebenarnya bila nak compare, mereka ni lebih berpeluang untuk menerokai banyak ilmu sebagai bandingan dengan student sekolah biasa. Bakat boleh dicungkil dengan baik dari segi akademik dan kokurikulum sedari awal mereka masuk lagi.
Menyingkap kisah zaman persekolahan aku - sebenarnya lepas UPSR aku dapat offer from SAMT KKB. See, dapat peluang tu tapi nasib tak menyebelahi aku sebab mak ayah tak benarkan aku keluar rumah terlalu awal kata mereka. Aku faham, keadaan fizikal aku yang kecil waktu tu memang semua orang pun risau..huu. Form 4 pulak, aku dapat Kejuruteraan Awam kat SMT Sg Buloh - sekali lagi berpeluang tapi tak bernasib baik sebab aku akur kata mak ayah. Lagipun waktu tu tengah hangat tentang gejala raging yang gila-gila dekat SMT tu.
So, aku menamatkan zaman persekolahan sejak zaman sekolah rendah hinggalah menengah ditempat yang sama - iaitu di SKBSB & SMKBSB. Unlike adik aku yang cemerlang dalam kokurikulum dan juga akademik. Aku pulak hanya aktif dalam kokurikulum (itupun dalam Persatuan & PRS je, sukan excluded), dan akademik pulak biasa-biasa je. Bila dah masuk UiTM, aku berikrar untuk balance kan student-life aku. Join SMF. Tapi, aku sangat menyesali kepasifan aku dalam sukan waktu sekolah. Sebab tu lah sekarang ni aku jadi sangat serius dalam Bowls.
Ni waktu sekolah rendah, kitorang dapat nombor 4. Cuba cari aku kat sini? hii
Picture adik aku dengan Team Raptor SBPI Rawang. Diorang menang emas MSSD Gombak. Aku selalu encourage adik aku untuk teruskan sukan kriket ni bila dia masuk universiti nanti, sebab sebagai pelajar SBP yang berpeluang mendapat intensif dari awal - tak dinafikan bakat yang dia ada boleh diteruskan dalam menyumbang kepada universiti kelak.Picture ayah aku waktu muda-muda dulu, selalu berbadminton, malah still boleh bermain dengan baik walaupun badan dah tak macam dulu. Peluang ada tapi tak bernasib baik sebab ayah tak pernah ajar aku time kecik-kecik dulu. Gambar bawah pulak time aku tengah fanatik berbadminton jugak, tapi sebab nampak agak susah nak compete dengan student-student yang memang dah dapat penekanan dari awal - aku pun menarik diri dari sukan ni..huk
p/s: Perhatikan reket ayah dan aku - sebenarnya itu adalah reket yang sama. Ayah turunkan kat aku tau.
So, itulah dia putaran peluang, nasib dan tuah aku. Sometimes rasa sangat bertuah bila diberi peluang masuk UiTM sebab mak ayah lepaskan jugak aku, ingatkan nak simpan aku dalam rumah tu sampai mati..hehe
No comments:
Post a Comment