Assalamualaikum semua, harap berada didalam keadaan yang sihat semua. Semalam aku dengan family (kecuali adik) singgah Shah Alam sekejap. Objektif kami ialah nak mengemas rumah sewa aku tu. Maklumlah dah hampir sebulan jugak kena tinggal, since aku pun waktu nak balik hari tu tak sempat nak kemas sebab ada teambuilding.
Gambar semasa takdelah pulak nak snap sebab masing-masing sibuk. Yang tak boleh blah siap buat plan and pembahagian tugas ...huu, macam bajet teamwork pulak..kii. Aku kemas depan, dengan dapur. Ayah pulak cuci bilik air and toilet. Sebab mak pun baru OK, ayah bagi kemas bilik aku je. Along pulak kemas bilik Mujahid yang dah lama tinggal tu.
So, ada lah gambar sikit lepas sesi mengemas.
Huu, kantoi pelekat alter baju tak cabut lagi kat drawer tu.
Teddy Mr.Bean yang disula sejak time aku balik rumah bulan lepas..huk
Cadar and selimut, bila aku sampai nanti aku pasang sendiri. Takut berhabuk pulak kalau pasang semalam.
Tinggal ni je, dulu waktu sem 2 aku beli terus satu set.
Bilik Mujahid yang bersih dikemas kakak aku. Baru bersih sikit, boleh lepak sini kalau boring..
Menyental sinki yang kotor gila.. aku masuk je rumah semalam ada 4 tin soda bulan lepas yang kosong. Soda yang aku minum waktu nak celebrate habis exam..haa
Sejuk mata memandang.
Hari tu mak blend kan cili, bawang putih, bawang merah untuk aku. Katanya senang kalau nak buat lauk nanti tak yah susah-susah nak cari bahan. Tenkyu mak!
Habis je kemas, kitorang makan ramai-ramai kat ruang tamu rumah sewa aku sambil mengenang kembali kenangan duduk kat apartment kecik-kecik dulu.
Lepas Isya ingatkan nak balik terus, tapi tengok mak ayah tengah sedap tidur kat depan, penat sangat kot. Kami semua bertolak pukul 11 malam.
Aku balik Shah Alam malam Rabu ni, sebab Khamis ada meeting dengan Pegawai KI FSPPP, untuk sesi pendaftaran student baru a.k.a junior..huu, plus aku pun nak arrange NR punya program dengan FSPPP. Yang bestnya balik awal, aku dah set petang Khamis and Jumaat untuk turun training bowls. Yang tak bestnya, aku akan keseorangan kat rumah tu since Afiq sampai Shah Alam 10/3/2012, and lagi satu of course lah terpaksa berpisah dengan keluarga lebih awal dari student-student lain.
No comments:
Post a Comment