Thursday, February 21, 2013

Kisan AKU n Lets Bowls At Home!

Assalamualaikum semua, hari ni aku tercipta sebuah permainan bowls sesuai untuk main-main kat rumah, huu. Yelah, nak pergi green pun jauh kat Shah Alam tu, dekat-dekat sini takde. Plus, aku ni bukanlah atlet yang ada woods sendiri, kalau training kat Shah Alam pun guna yang UiTM punya..
Pagi tadi tiba-tiba aku membelek-belek bola tenis yang waktu zaman asasi, huk..dah berhabuk. Itupun jumpa kat dalam kotak kasut. Then aku berfikir, yang membezakan bowls dengan bola-bola lain adalah ciri uniknya yang ada bias - so, akupun dengan secara logiknya membuat hipotesis. Kalau aku letakkan pemberat kat salah satu side bola tenis ni mesti ada function yang sama macam bowls jugak. Korek punya korek jumpalah paku tekan sekotak.
Before aku cucuk paku tekan ni kat bola tenis tu, aku potong yang bahagian atas dulu, sebab takut bila benda tu attach dengan lantai terus tak jadi pulak kan
Lepas dah sambungkan, ianya akan jadi macam ni. Make sure paku tekan tu center. Boleh jugak nak tambah, tapi takut nanti jadi over bias pulak..kii
Dalam permainan ciptaan aku ni (tangan didada, mata keatas), perlukan dua mat. First mat berfungsi sebagai base kita. Macam dalam standard bowls la kan.
And lagi satu mat digunakan untuk jadi alas untuk jack. Sebab takut kalau terlebih berat bola tenis takkan berhenti kat intended line. Mat tu digunakan untuk slow kan bola tenis itu.
Lagi jauh lagi bagus sebenarnya, dalam kes aku ni - dianggarkan dalam 1/3 - 1/4 standard green. Jarak diantara pintu bilik air bilik aku sampai pintu bilik air parents aku..hehe
Tadaa!! Best tau main, at least boleh hilangkan rindu main bowls yang real..So, kepada siapa yang nak try, selamat mencuba!!

2 comments:

  1. haha, nak main rupanya. ingatkan nak buat apa lah. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis tu ingatkan nak buat apa tadi? huu

      Delete