Assalamualaikum semua, dalam episod kenangan sekolah ni aku nak bercerita tentang aktiviti-aktiviti yang biasanya dilakukan oleh student-student termasuklah aku time-time perhimpunan pagi kat sekolah. Perhimpunan pagi ni sememangnya benda yang aku yakin student dan juga ada cikgu tak berapa suka sebab bagi student - time nilah cikgu-cikgu dok berucap, bersyarah, berleter etc. Bagi cikgu pulak, sebagai contoh cikgu Add Math aku kata perhimpunan pagi ni kalau drag sampai waktu P&P memang merugikan la..
Ok, aktiviti pertama - main tulis huruf kat belakang badan kawan depan dengan jari - then orang depan tu kena teka..aku ingat lagi time perhimpunan Isnin ada lah kawan aku buat benda ni kat aku - teka punya teka rupa-rupanya dia dok tulis nama bapak aku. Siot punya budak..:-p
Aktiviti kedua - kat sekolah aku dataran perhimpunan dinamakan 7.20 Square sebab student mesti ada kat situ tepat 7.20. Bila kita duduk atas dataran, of course akan ada macam batu-batu kecik, takpun lumut yang dah kering tersangkut kat celah batu-batu kat dataran tu. So, aktiviti kedua ni ialah proses pengumpulan batu-batu kecik, then main baling-baling kat orang depan..hehe
Aktiviti ketiga - curi-curi siapkan kerja rumah. Ni biasalah, lagi-lagi kalau hari Isnin. Aku pulak memang selalu tak siap kerja matematik..kii, so time perhimpunan memang perfect sangatlah nak buat - yang tak boleh blah ada satu time tu tengah buat homework, pastu cover kata tengah salin leteran cikgu kat depan tu..hii (tapi calculator ada kat sebelah..hehe)
Aktiviti keempat - ni aku tak selalu buat pun kecuali kalau emergency - pergi tandas. Selalunya budak-budak yang buat kerja ni sebab kononnya nak buang air la, tapi hakikatnya nak melepak, merokok etc. Aku pulak segan kot nak bangun pastu berjalan, banyak mata tengok nanti..:-)
Aktiviti kelima - ni bukan aktiviti lah tapi macam kebiasaan jugak. Bila matahari dah naik, muka pun dah merah..siapa yang besar memang kena guna lah - bak kata kawan aku "khidmat perlindungan", benda ni aku guna lagi kot. Tak tau? Meh aku terangkan sikit, caranya student yang kecik duduk belakang student yang besar akan gunakan kawan dia tu untuk berlindung dari panas..hehe
So, itulah list aktiviti masa pehimpunan sekolah. Aku dapat rasa benda ni dalam 4 tahun je , bila time senior day aku kat sekolah tu - aku akan direct ke bilik PRS terus, kalau dengar pun dari dalam bilik tu sambil ditemani kipas yang sejuk dan kerusi yang empuk.
No comments:
Post a Comment