Saturday, March 10, 2012

Kisah AKU n Boringnyerr..

Assalamualaikum semua, hari minggu pertama kat Shah Alam ni, pagi-pagi lagi bangun nak pergi kokurikulum. Bengang sangat tak dapat join badminton, tapi masuk pemikiran pemimpin pun okay jugaklah - kelas petang pukul 0530-0720 setiap hari Jumaat. At least bolehlah rehat hari minggu, ataupun jalankan CR chores kan?

Then, lepastu bergegas pergi Seksyen 7 Pusat Komersial nak cari buku and buat photocopy untuk past year EC0415, tak cukup lagi lapan set.
Nasib baik la tak semahal Perindu Cyberzone, RM11.75. Nanti claim kat bendahari kelas, Zaza..huu, kepada classmate-classmate semua, ni amanat CR ye.

"Misi aku sebagai CR untuk Part 2 BA2C adalah untuk memastikan kamu semua berjaya meneruskan pengajian, 3 % gagal dan juga hadir semua exam untuk mengelak daripada status TH. Aku cuba jalankan tugas aku sebaik habis, membimbing kamu didalam pelajaran, mengetuai kelas dengan disiplin leadership yang baik - Ingat, do as I do, not as I say. Seperti apa yang Prof Zul kata - pilihlah, nak jadi leader yang dihadapan (mengetuai), tengah(participate), ataupun dibelakang (membimbing)- aku akan cuba jadi yang dibelakang, sebab bimbingan lebih baik dari mengarah. Kepada classmate yang aku tak pernah nampak pun pergi kelas, tolonglah hadir - at least ambil semua photocopy yang aku dah buat ni. Tak kesian ke kat aku yang jadi NR, bergegas menyediakan semua asalkan kamu semua tidak perlu bersusah-susah kat dalam. Aku harap yang kita semua dapat menyambung pengajian bersama-sama, dan mengenggam skrol ijazah itu tepat pada masanya. Ini bukan motivasi buat kamu semua, tapi juga untuk diriku.."
CR BA2C - Farid Gani
Emotional pulak amanat tu ye, huu.. Bukan apa, ni first time aku take command large group of people. Aku merasakan, mereka ni tanggungjawab aku. Nak berjaya, tak boleh keseorangan - mesti ramai-ramai. Aku tau, bila aku jadi CR ada yang tak suka, contohnya baru sehari aku hold post ni, ada mulut yang berkata "..sebab tu la aku tak suka Farid jadi ketua" . Kenapa ye? aku tak faham, but yang paling penting orang tu pernah berada dibawah aku. Ok la, pic kat atas tu buku ECO415 dengan QMT412 - total RM57.00, beli kat Kedai Buku ABA. Part yang paling best waktu nak bayar - aunty tu cakap "Kamu ni mesti dari Sabah or Sarawak" "Oh yeke, saya dari sini lah - semenanjung, kenapa ye aunty?" "Takdelah, muka you cam Chinese.." :-p

2 comments: