Assalamualaikum semua, hari ini kelas aku start 6 petang - so I've a lot of time waktu pagi. Semalam, Mujahid tanya aku nak join dia pergi jogging kat Taman Tasik, aku pun lepas check jadual balik pun setuju la. Lagipun dah lama tak berjogging ni, Nak kena bina stamina balik, baru boleh jadi player yang tahan lasak..huu
Pagi tadi bangun pukul 5.30, Mujahid ajak pergi subuh dulu kat surau area situ. Ramai jugak ye compare dengan surau kat kawasan perumahan aku.
Habis je dengar tazkirah dalam pukul 6.50, kitorang terus bergerak ke Taman Tasik. Mujahid cakap komuniti kat sini memang selalu nampak "Rocky Balboa" jogging, ceyh - rupa-rupanya dia. lol. Tapi hari ni ada sorang lagi yang join, akulah. Katanya lagi, memang bagus jogging pagi-pagi, kita ambik udara and oksigen yang fresh, belum bercapur dengan monoksida semua tu.
Tadi ingatkan nak buat three round of good pace. Tapi, 2 round pun dah tak menahan. Luas jugak area ni, ye la..sebab aku tak pernah pun jogging kat sini pun. Berkali-kali ganda daripada Stadium UiTM , tempat aku and Joe jogging dulu.. Yang bestnya, aku boleh perhatikan gaya hidup sihat komuniti kat sini, senior citizen yang jogging pelan-pelan, makcik-makcik buat exercise ramai-ramai, atuk and nenek berbangsa Cina wat taichi..
Mujahid, bajet nak jogging sama-sama - baru kena pintas dengan brader rambut panjang pastu terus tinggal aku. Kuang asam ko. Serius pasni aku nak buat satu round je - letak banyak pressure tadi. Jogging style aku bertukar from Good Pace to Push Yourself.
Kepenatan - noticed that kat belakang aku tu Menara S&T, The Pride of UiTM Shah Alam.
Sebelum balik, around 0730 AM. Snap one shot of S&T Tower from my C3. Saja nak bagi nampak reflection tu.
Balik rumah teguk 100plus then start drilling session dengan trainer, Mujahid. Huu, best-best. Tak lama lagi dengan disiplin latihan , insyallah stamina aku akan lebih kuat as well as mental.In conclusion, jogging la pagi-pagi dan amalkan gaya hidup sihat.
aku dari dulu rasa nak jogging tapi sampai ke sekarang haram x buat
ReplyDeletetry sikit-sikit, then biasalah nanti..
ReplyDeleteTahniah kerana memilih untuk berjogging - jogging tu sebenarnya antara sukan yang paling sukar dan 'menyeksakan', kerana joggers selalu kena melawan mental pressure untuk berhenti, dan kejar nafas.
ReplyDeleteSaya ada menulis blog untuk berkongsi segala yang saya tahu berkenaan jogging, mungkin bro McBride boleh gi tengok-tengok?
Panduan & Rahsia Kejayaan Jogging Anda
betul tu, kekadang bila mindset kta ni dah elok2 fokus nak berjogging bukannya berlumba, tiba-tiba bertukar jadi nak race tu yang buat penat. sebab mental kita pressure nak kejar menang pulak.
Deletebtw, dah tengok blog bro - banyak info yg boleh dgunakan utk kekal sihat dgn berjogging.