Monday, March 5, 2012

Kisah AKU n First Day Sem 2

Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari first semester kedua buat aku. Semester ini bermula pada bulan Mac dan tamat pada Julai tahun ini. Sangat seronok sebab dapat study balik walaupun duduk kat luar sekarang, dan jugak excited sebab dapat jumpa kawan-kawan aku balik.. Pagi tadi bangun pukul 0600, thanks ye sayang sebab kejutkan..hii, then solat subuh pastu mandi.
Tengah syok2 pakai baju, tiba-tiba terdengar bunyi hujan. Aku bergegas tengok luar, perghh..lebat gila hujan. Hatiku terdetik "Oops, camne ni Farid..dahlah bawak motor pun tak biasa lagi kat sini, hujan pulak tu..you screwed man.." This is not a really good start for this day. Ingat nak gerak pukul 8.00, tapi hujan still renyai kencang, then pukul 0815 aku buat satu keputusan. "Let's do this - sampai bila pun aku tak boleh lari kalau takut." Akupun mengambil baju hujan dalam almari.
Sampai UiTM bertambah lebat, syukur nasib baik aku buat keputusan yang bagus dengan berangkat cepat. Kat sana, jumpa lah kawan-kawan lama - Yat, Wan, Faiz, Joe, Helmy, Pok Jad..and kami satu kelas lagi. Tak bolehlah nak berpisah ngan korang, tak best..

Kelas seterusnya pukul 1400, tapi kami meluangkan masa bersama kat surau fakulti, sembang-sembang pasal aktiviti waktu cuti, result exam haritu. Pastu masuk kelas, jumpa Yasin pulak..difahamkan dia kelas sama dengan kitorang kecuali kelas Economy.
p/s: Yasin, ketat seluar tadi..huu
Perbincangan serius. Hari ni sorang je lecturer yang masuk, tu pun kelas pagi tadi. Kuang asam tol, aku membahayakan diri untuk datang kelas, then takde pulak. *sigh* Akupun balik dengan tenang, petang takde problem sangat, bawak cam biasa je la. Pagi je aku cuak sikit.

Apapun, untuk semester ni aku dapat tugasan sebagai CR (Class Representative), shit tol la budak-budak ni. Tak sian ke kat aku yang dok luar ni, susah la nak handle. Tapi takpe, aku cuba jalankan tugas itu sebaik habis. "Buat Habis Baik" cogan Pengakap, haa..noob.


No comments:

Post a Comment