Sunday, September 27, 2015

Kisah AKU n Nilam Court

Assalamualaikum,

Malam ni nak share sikit cerita pagi tadi. Just this morning aku ke Nilai, hantar adik ke hostel dia kat USIM tu. Mati-mati aku ingat dekat dengan kampus, rupa-rupanya jauh gila. Ada dalam 10 kilo jugak lah. Nasib lah ada scheduled buses yang disediakan universiti, kalau tak macam mana lah budak-budak kat sini nak ke kampus.
Plan nak gerak pukul 8 pagi tapi semua terlajak tidur tengok bola semalam. Sudahnya pukul 9.30 jugak keluar dari rumah. Ayah ikut sekali sebab nak tunjuk aku jalan, ni first time aku drive ke Negeri Sembilan. So walaupun Myvi ni ada GPS, khidmat otai masih diperlukan..huu
Sampai kat hostel dia dalam pukul 10.45 pagi. Good job mate, cecah negeri baru nampak..huu
Ni lah hostel adik aku, Nilam Court namanya. Penempatan untuk student-student USIM yang terletak dalam kawasan Nilai Impian. Tengok bangunan dah macam rumah sewa aku kat Shah Alam dulu pun ada. Cuma sini organized sikit lah, parking pun teratur takde yang buat double park..:-p
Dua-dua mata rabak, semua gara-gara tengok EPL Newcastle-Chelsea sampai pukul 3 pagi semalam. Siot betul, Newcastle dah leading 2 bijik, tiba-tiba Chelsea kejar balik bagi draw, but takpelah draw pun okay. At least, performance Newcastle ada improvement semalam and yang paling penting, Bobby Robson's curse kat Jose Mourinho tu still berterusan..hehe
Apa saja yang diorang tengok tu?
Sempat jugak berjalan-jalan kat sini tadi, most facilities seperti kawasan rekreasi, food court, mini mart, laundry semua dah disediakan. Pengangkutan pun tak jadi masalah, bas from USIM and city buses memang ada lalu lalang kat sini.
Sekejap je kat sini tadi, 11.30 pagi aku and ayah meninggalkan Nilai dan balik ke Utara. Nak difikirkan balik, adik beradik aku yang lain semua study luar Selangor, adik kat Gopeng and Nilai, akak pulak kat Melaka. Aku ni je yang tak pernah keluar Selangor, dari Sungai Buaya ke Shah Alam je sampailah habis belajar..huhu
Singgah brunch and Zuhur kat R&R Sungai Buloh dulu sebelum balik rumah.

Mana boleh tak datang pekena nasi lemak wajib ni kalau tak singgah sini. I can eat this for the whole day..:-)

Another one random entry..haha

No comments:

Post a Comment