Sunday, September 6, 2015

Kisah AKU n New Shoes!

Assalamualaikum,

Petang tadi keluar sorang-sorang je. Bukan tak nak mengajak yang lain, tapi masing-masing kat rumah ni cam buat tak peduli je. Nak roger Afiq and Dolah, takut diorang busy pulak. Sudahnya lepas Asar tadi terus grab kunci kereta and keluar.
Dah lama plan nak nak cari kasut and belt baru. Since gaji pun dah masuk Khamis lepas, apa salahnya reward diri sendiri kan, bukan guna duit orang lain pun..:-)
Tapi yang pelik dengan family aku ni, time aku selalu hangout dengan kawan-kawan, tau komplen kata tak reti nak spend time dengan family. Bila dah diajak, diorang pulak yang tak nak keluar..haha, kartun betul..-p
Tak jauh pun aku jalan tadi. Ingat nak jalan jauh sikit ke Tanjung Malim, tapi macam tak berbaloi pulak. Takkan nak cari sepasang kasut pun sampai nak cross border..lol. So, pergi TESCO Bukit Beruntung je.
Tadaa! Introducing my new kasut. Murah je, tak macam kasut korang pun sampai beratus-ratus. Asal design cantik dan simple, you can just shut up, pack this shoes and take my money..huu. Kasut macam barang lain jugak, kalau pandai jaga, memang lama boleh pakai. Macam kasut lama aku tu, pakai since 2013 beb! So, cibai lah kalau dengar orang kata barang murah ni takde kualiti. Kalau beli Bally shoes pun, tapi tak reti nak jaga. Sebulan pakai dah masuk dustbin.
Sebelum balik singgah KFC dekat Terminal, early dinner sorang je. Ternyata hati aku ni masih kering, dah lah makan sorang. Pastu selamba makan menghadap kapel Melayu depan meja, diorang pulak macam tak keruan..haha

Okay lah, nak mandi jap. Thanks ye sudi baca entri tangkap muat aku malam ni..haha

No comments:

Post a Comment